berita

‘Jangan Hanya Keluar Gambar Pada Waktu Kosong & Buat Kesimpulan’ – Parti Amanah Negara

July 25th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah meluahkan rasa tidak puas hati dengan kehadiran menteri di Dewan Rakyat. Malangnya, siang tadi sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan selama 10 minit kerana tidak cukup korum. Walaubagaimanapun, Dewan Rakyat disambung semula selepas cukup korum 35 anggota kabinet.

Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan agar memotong elaun Ahli Parlimen yang malas hadir ke persidangan. Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menjelaskan situasi sebenar berhubung perkara berkenaan.

Kami ada di situ

Menurut Utusan Online, sebahagian dari Kerajaan Pakatan Harapan tidak berada dalam Dewan Rakyat selepas waktu rehat 2.30 petang ketika sidang bersambung semula. Hal ini kerana mereka menghadiri sesi taklimat untuk ahli Parlimen yang baru.

Selain itu, sebahagian dari mereka juga menghadiri majlis pengebumian ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang berlangsung pukul 12.30 tengah hari.

Kami ada di situ. Kita ada taklimat kepada ahli Parlimen baharu dan kami sedang berjalan menuju ke dewan, jadi makan masa sikit. Kemudian loceng kedua berbunyi. Bukan boikot, kalau andaian itu dibuat orang lain.

Perlu dipertimbangkan untuk potong elaun

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Dato Haji Salahuddin Ayub berkata cadangan Tan Sri Dr Rais Yatim itu adalah wajar dipertimbangkan sekiranya ahli parlimen sengaja ponteng persidangan tanpa alasan yang kukuh.

Tidak datang Parlimen, tidak berbahas, saya rasa ada kemunasabahan untuk parti sendiri ambil tindakan dan kalau ada pemotongan elaun, terpulang kepada peraturan mesyuarat yang mungkin akan ditentukan oleh Parlimen.

Tapi sekiranya kita tak hadir Parlimen kerana tugas dan ada tanggungjawab seperti mesyuarat ataupun taklimat yang perlu hadir, jadi saya rasa itu perlu difikirkan oleh masyarakat. Jangan hanya keluar gambar pada waktu kosong dan buat kesimpulan, media kena beri juga peluang ahli Parlimen itu menjelaskan keadaan.

Sumber: Utusan Online

SKIP THIS AD ×