berita

“Jangan Kaitkan Saya Dengan Datuk J Lagi” – Tasha Shilla

October 24th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bagaikan sinonim pula apabila isu ditaja oleh VIP iaitu Datuk J ini sering dikaitkan dengan pelakon jelita, Tasha Shilla, atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd Razak. Bermula daripada episod berparti, tajaan kereta, tarian tiang sehinggakan tajaan majlis “I Love Malaysian Designers” yang diadakan semalam, itu pun turut dikaitkan dengan nama VIP berkenaan.

Isu ini makin dihangatkan apabila ada sumber yang memaklumkan kepada pihak akhbar bahawa Tasha Shilla sering kelihatan berparti bersama rakan-rakannya dengan ditemani Datuk J. Diikuti pula dengan dua kemenangannya untuk 2 majlis anugerah berkonsepkan populariti sehingga kemampuannya membeli kereta mewah, semuanya menjadi buah mulut orang ramai.

Tidak melatah, pelakon ini masih kekal senyum menjelaskan isu-isu berbangkit kepada wartawan Ohbulan, semalam.

“Semasa di Brunei, seseorang menelefon saya mempersoalkan isu saya berparti dengan Datuk J. Cerita rekaan ini membabitkan keluarga dan rakan-rakan keluarga saya sehinggakan ayah saya turut menyoal akan kewujudan Datuk J yang hangat diperkatakan itu. Mengenai isu kereta pula ianya atas bantuan mak cik saya. Tak ada kena mengena dengan tajaan Datuk J. Saya harap lepas ni kalau saya beli rumah sekalipun, jangan kaitkan dengan Datuk J lagi.”

Tasha turut menegaskan jika Datuk J yang digembar–gemburkan itu benar-benar wujud, dia sendiri hendak berjumpa dan menyatakan hasrat terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Datuk J kepadanya. Sementara itu, Tasha turut memberitahu bahawa dia kini masih solo dan tak ada kaitan dengan mana-mana Datuk terutamanya Datuk J.

Namun, setiap manusia pasti ada tahap sabarnya. Bagi Tasha, dia kebalkan diri dan tabah menghadapi segala dugaan dalam industri hiburan dengan tenang tanpa melenting. Malah, dia kini lebih tumpu pada kerjayanya sebagai anak seni dan akan terus berfikiran positif berbanding berfikiran negatif tentang isu yang diuar-uarkan.

SKIP THIS AD ×