Selebriti media sosial, Iqbal Zulkefli memahami perasaan pempengaruh Syamimia yang sejak kebelakangan ini bertalu-talu menerima kecaman netizen.
Artikel Berkaitan: Syamimia Masih Simpan Patung David Dalam Rumah? Netizen Tanya – ‘Kata Dah Buang, Dia Menipu Ke?’
Artikel Berkaitan [VIDEO] Syamimia Menangis, Sehingga Kini Masih Dihujani Kecaman – ‘Adakah Saya Berjudi Atau Minum Arak?
‘Jangan cabar netizen’
Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal menulis coretan pendek dengan memberikan nasihat kepada Syamimia.
Kata Iqbal, Syamimia tidak seharusnya memberikan sebarang respon atau jawapan yang boleh mengundang lebih banyak kecaman. Menurutnya, tindakan itu seolah mencabar warganet.
Saya tengok Syamimia baik saja orangnya. Ramai sahaja artis atau pempengaruh tidak sebarkan berita Palestin.
Netizen sebenarnya boleh faham beliau tidak bermaksud menyimpan patung untuk ada agenda lain melainkan beliau hanya minat tema Inggeris.
Cuma satu sahaja, cara Syamimia selalu pertahankan diri itu seolah mencabar netizen.
Netizen ini sebenarnya lantang di komen sahaja, apabila berjumpa di luar mereka juga sumber kekuatan kita.
Itu biasa jangan ambil serius sangat. Jangan berlawan dengan netizen kita tidak akan menang. Kita perlukan mereka.
Dalam masa sama, Iqbal meluahkan rasa bimbang seandainya kecaman yang dilemparkan kepada Syamimia akan mengakibatkan dia mengalami depresi.
Sebolehnya elak sebutkan ‘bila orang lain berjudi, minum arak, korang tutup sebelah mata’.
Saya kasihan pada Syamimia. Saya takut nanti awak jadi tertekan. Awak sangat kreatif, ada banyak bakat dan ada nilai komersial tersendiri.
Kualiti, bakat dan followers di media sosial sahaja tidak cukup. Komunikasi atau permainan dengan netizen perlu ada skil lain.
Saya menulis ini sebab mahu lihat awak terus maju dan diterima banyak tempat. Semoga terus berjaya.
Justeru, Iqbal menasihati Syamimia agar bijak menggunakan media sosial dan tidak terlalu menunjuk.
Kesimpulannya, apabila kita bermain di media sosial, tidak kesemua kepandaian dan kebijakan kita boleh disalurkan di media sosial. Kadang-kadang, perlu disimpan dan diguna di tempat lain.
Terdahulu, Syamimia meluahkan rasa sedih apabila netizen terus mencari salahnya dan memberikan kecaman sedangkan dia tidak menggangu hidup orang lain.
Sebelum ini, Syamimia dikritik apabila didakwa bersikap natural mengenai peperangan yang berlaku di Palestin.
Selain itu, dia juga dikecam kerana menjadikan patung dewa Yunani (patung David) sebagai perhiasan di rumahnya.
Sumber: Instagram