Siapa yang mengenali personaliti televisyen/pengacara bernama Donna Muslim pastu tahu jejaka itu rapat dengan Rita Rudaini. Kedua-duanya sering dikaitkan sebagai ‘teman tapi mesra’ walaupun jarak usia antara mereka adalah 13 tahun.
Baru-baru ini peminat Rita Rudaini ‘mengamuk’ apabila Donna menggunakan perkataan ‘mak janda’ apabila merujuk kepada Rita di ruangan komen instagramnya. Perkara ini ternyata telah mengeruhkan hubungan baik diantara Donna dan Rita. Apa penjelasan Donna tentang perkara ini?
Tak Berniat Hina Rita
Menerusi laporan yang disiarkan oleh sebuah portal akhbar tempatan, Donna mengakui salahnya tetapi menjelaskan bahawa dia tidak sesekali berniat untuk mempersendakan status diri Rita.
Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.
Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen.
Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf. Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih.
Sementara itu, Rita ketika dihubungi pihak akhbar berkenaan untuk membuat kenyataan menyifatkan tindakan Donna sebagai kurang bijak.
Saya memang tidak mengikutinya di laman Instagram jadi tak tahu apa yang dia muat naik. Apabila peminat menghantar paparan skrin komen itu, saya terus bertanya kepada dia.
Sepatutnya sebagai kawan dia tak patut menggunakan perkataan itu apatah lagi di laman sosial. Semua orang tahu status saya sebagai ibu tunggal, tapi tak ada siapa yang suka jika dilabel dengan gelaran itu.
“Tak Faham Ada Fans Bertuhankan Artis Fav”
Melalui komen yang dibalas oleh Donna di Instagramnya, ternyata pengacara berusia 27 tahun ini terkesan dengan ‘salah faham’ yang dicetuskan oleh peminat Rita sehingga mengeruhkan hubungan baiknya dengan aktres popular itu.
Apa pun semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Peminat pun kenalah chill dan jangan taksub sangat nak bela artis pujaan tanpa tahu hal sebenar, tak gitu?
Sumber: Donna Muslim, MyMetro