Pempengaruh media sosial, Kieda Crepe kembali menjadi bualan warganet selepas Ustaz Azhar Idrus tampil bersuara berhubung isu sistem ‘support vendor’ yang didakwa seolah-olah memaksa pelanggan untuk membeli barangan yang bukan kemahuan mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sistem ‘Support Vendor’ Tak Sah, Kieda Crepe Balas Tak Pernah Paksa Pelanggan Beli
Petik nama arwah bapa
Susulan itu, Kieda teruk dikecam wargamaya ketika mengadakan siaran langsung di TikTok. Apa yang lagi menyakitkan apabila ada netizen ‘mulut lahar’ memetik nama arwah bapa Kieda yang telah meninggal dunia pada Julai lalu.
Tanpa rasa simpati, individu yang dikenali sebagai nama Damnit itu meninggalkan komen, ‘Patut Allah bagi meninggal ayah dia. Itu pun tak mau ubah lagi.’
Selain itu, Damnit turut menulis, ‘Nak tunggu siapa lagi meninggal? Baru nak ubah mulut dan sikap.’
Sementara itu, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra meluahkan rasa terkilan dan sedih dengan tindakan Damnit. Kata ibu kepada dua cahaya mata ini, dirinya yang harus dipersalahkan dalam kemelut ini bukan kedua orang tuanya.
Jangan la main bab mama abah saya. Saya yang salah pertahankan rezeki ini. Jangan babitkan orang tua saya.
Hati saya masih sakit hilang abah. Jangan buat saya macam ini disebabkan benda makan saja.
Terdahulu, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan hukum memaksa pelanggan membeli barangan yang tidak diingini mereka adalah tidak sah di sisi agama Islam kerana membebankan pembeli.
Sumber: TikTok