berita

Jangan Malu Beli Rumah Kos Rendah, Lihat Bagaimana Wanita Ini ‘Transform’ Jadi Macam Kondo!

March 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Chee Rae Naa

Setiap individu sudah pastinya mengimpikan untuk mempunyai rumah yang selesa untuk didiami. Bahkan, elemen rekaan hiasan dalaman dan pengubahsuaian turut menjadi keutamaan dalam mencantikkan lagi sesebuah rumah itu.

Artikel Berkaitan:[FOTO] Luar Rumah Kampung, Sekali Masuk…Lawa Gila! Transformasi Rumah Pusaka Ini Cetus Inspirasi

Seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Chee Rae Naa menerusi Kelab Deco Rumah, berkongsi foto glow up rumahnya yang berjaya menarik perhatian warganet.

Rumah kos rendah

Foto: Chee Rae Naa

Jelas wanita ini, rumah tersebut merupakan rumah kos rendah dan dibeli pada harga yang rendah. Jika dilihat menerusi foto yang dikongsi, memang nampak perubahan yang ketara rumah tersebut setelah pengubahsuaian dilakukan.

Saya beli rumah ni dengan harga yang rendah, sebab saya tak mampu nak beli rumah mahai-mahai tapi hati tu nak rasa macam rumah mewah kemudian. Keluarkan modal sikit untuk nak rasa macam duk dalam rumah mewah(modai mewah cek sekadar besar poket saya jala .

Foto: Chee Rae Naa

Tambahan pula, dia turut menceritakan telah menghabiskan sebanyak RM42k bagi menampung kos ‘perubahan’ rumahnya ini. Apa yang lebih melucukan, semasa rumah tersebut dibeli, tombol pintu pun hilang! Aduhai lucu.

Tapi ini hanyalah rumah kos rendah, rumah dah siap reno tapi tak habis reload barang sebab poket saya beritahu kata dah kering kontang macam padang pasir di gurun sehara.

So pelan-pelan kayuh la nooo nak penuhkan rumah idaman. Insyallah nanti siap semua saya akan upload lain. Saya ada kongsikan rumah sebelum dan selepas. Masa beli rumah ni pintu depan tu dia punya tomboi pon tak ada.

Foto: Chee Rae Naa

Respon netizen

Sumber: Chee Rae Naa via Kelab Deco Rumah

SKIP THIS AD ×