Semalam Datuk Seri Najib dihadapkan ke Mahkamah Tinggi atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta. Namun Najib mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Kehadiran isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat perhatian media dan penyokong yang hadir di mahkamah semalam.
Hadir dengan berbaju kurung bunga-bunga
"Don't ever cry, I don't want anybody to cry about it": Najib Razak's wife Rosmah Mansor thanks supporters in court https://t.co/fRL6oSRLwE pic.twitter.com/8ZeuoZNVET
— Channel NewsAsia (@ChannelNewsAsia) July 4, 2018
Rosmah dilihat berpelukan dengan penyokong wanita yang hadir di perkarangan mahkamah. Antara yang dapat didengar adalah bekas wanita pertama negara ini memberi kata-kata semangat kepada penyokong supaya tidak menangis atas apa yang berlaku kepada Najib.
Rosmah kemudiannya masuk ke satu bilik yang dikawal ketat oleh polis untuk meneruskan proses perbicaraan. Seterusnya penaung Permata Negara itu dilihat keluar meninggalkan bangunan diiringi penyokong yang setia menemani sehingga proses selesai.
Sumber: Channel News Asia