Isu suami dayus membenarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki semakin hangat dibincangkan di media sosial oleh beberapa orang penceramah bebas.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Sedap Saja Yang Kamu Ambil!’ – Suami Ustazah Siti Afifah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dianggap ‘Dayus’ Biar Doktor Lelaki Tengok Kemaluan Isteri Masa Bersalin, Pendakwah Tanya Suami Tak Rasa Cemburu Ke?
Terbaru, Dr Say Shazril turut tampil memberi pandangannya sebagai seorang doktor.
Jangan label suami tak mampu ‘dayus’
Menurut Dr Say, dia faham mengenai apa yang ingin disampaikan oleh Ustazah Siti Afifah Shahbudin. Namun, ustazah tersebut dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya melabel para suami yang tidak berkemampuan sebagai seorang yang ‘dayus’.
Saya faham apa yang ustazah tu cuba sampaikan tapi tak semua orang ada kemampuan nak bawa isteri bersalin hospital swasta. Nak suruh para suami kumpul dalam tempoh 9 bulan isteri mengandung tu, dah kalau sebelum mengandung kais pagi makan pagi dah macam mana? Cost of living sekarang pun tak murah ustazah. Kalau ada kemampuan dan peluang untuk pilih doktor wanita silakan tapi janganlah sewenang-wenangnya label semua suami yang tak mampu sediakan doktor wanita tuk isterinya bersalin “dayus”.
Sebagai seorang doktor, Dr Say berkata niat mereka hanya dua perkara sahaja yakni memastikan keselamatan nyawa ibu dan anak. Tambah Dr Say, dua orang cahaya matanya telah disambut oleh doktor lelaki.
Kalau ustazah buat macam ni dan semua suami takut nak bawa isteri bersalin dengan doktor lelaki dan kami doktor lelaki tak tahu macam mana nak sambut anak akibat tiada latihan dan lepas tu keadaan darurat contoh dalam kapal terbang, jangan salahkan kami kalau kami cakap sorry saya tak tahu macam mana nak sambut bayi sebab tiada latihan, call ustazah Afifah boleh?.
Bukankah aurat wanita Islam sesama wanita Islam dari pusat hingga ke lutut? Jadi tidakkah sama dosanya kalau doktor wanita sambut baby tu? Ke ada discount dosa 50% yang tak ada siapa share link dekat saya?
Di akhir posting, Dr Say turut mempersoalkan mengenai aurat sesama wanita. Jelasnya, aurat wanita dari pusat hingga ke lutut. Oleh itu, bagaimana sekiranya seorang doktor wanita melihat aurat wanita lain?
Sumber: Dr Say