Nama Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira kembali mencuri tumpuan netizen apabila dia memuat naik sebuah posting di Instagram, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Panggil View Chin ‘Sayang’, Netizen Gelar Mira ‘Muka Tebal’ & Gedik
Artikel Berkaitan: Digelar Sundal & Tak Tahu Malu, Amirah Mengaku Mental Penat
Artikel Berkaitan: ‘Hubungan Saya Dengan View Chin Bermula Setelah Mereka Sah Bercerai’ – Amirah
Berhenti cakap buruk
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Mira dilihat memuat naik video sambutan hari raya bersama keluarganya pada tahun ini. Lebih mencuri perhatian, kelibat View Chin turut kelihatan dalam video tersebut. View Chin dilihat bersalaman dan memberi duit raya kepada ahli keluarga Mira.
Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen mendakwa pasangan tersebut sudah berkahwin. Namun setakat hari ini, tiada pengakuan dilakukan oleh Mira dan View Chin.
Menerusi posting tersebut juga, ada segelintir netizen masih meninggalkan komen berbentuk cacian dan hinaan kepada Mira. Berikutan daripada itu, Mira tampil membuka mulut dan meluahkan rasa penat apabila sering menerima makian dan cacian daripada netizen.
Kadang kala rasa penat dengan makian dan cacian, Allah itu sebaik baik perancang. Kalau nak maki dan nak burukan cukup untuk Mira tapi jangan sesekali maki family Mira. Orang dah tiada pun disebut-sebut. Berhenti cakap buruk pasal keluarga Mira.
Sumber: Mira