berita

Jangan Takut – Awi Rafael Ekspresi Luahan Hati Dengan Lagu Istimewa Untuk #MH370

March 20th, 2014 | by Ai
Video Popular

312870_290471894298726_1666466834_n

Dalam diam rupanya ramai juga artis tempatan dan serantau yang menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu #MH370. Biarpun tidak sebesar jasa sesetengah pihak, namun sekurang-kurangnya mereka mengambil berat dengan apa yang terjadi sekarang ini.

Selain berdoa dan melakukan kerja-kerja amal, ada juga yang mengambil pendekatan mendedikasikan lagu untuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan insiden itu.

Tidak terkecuali, penyanyi kelahiran Kota Singa, Awi Rafael turut berkongsi rasa simpati dengan menulis dan menggubah lagu khas berkaitan kehilangan pesawat MAS. Barangkali ini adalah cara Awi mengekspresikan luahan hatinya terhadap kejadian menyedihkan ini.

Screen Shot 2014-03-19 at 23.32.03

Saat pertama kali mendengar nyanyian Awi menerusi lagu yang bertajuk Jangan Takut itu, terus timbul perasaan sebak mengenangkan penumpang dan kru pesawat berkenaan yang masih belum diketahui nasib mereka.

Bukan sahaja melodinya sahaja yang meruntun jiwa, malah bait-bait lirik yang ditulis oleh Awi juga sangat menyentuh perasaan pendengar.

Jangan takut aku kan ada untukmu dan jangan lelah, itu perkara biasa. Manusia, semua tetapkan bersalah. Jangan hampa, aku maafkan dirimu sayang.

Jangan takut kita kan ada untukmu. Jangan sedih kita menanti untukmu dan jangan lelah, kita tabah bersamamu. Jangan sesal, kita maafkan dirimu sayang. Aku kan ada untukmu sayang.

Namun kami percaya niat Awi bukanlah untuk menambah kesedihan yang sedia ada, tetapi sekadar memujuk dan menenangkan hati ahli keluarga dan saudara mara yang setia menanti khabar berita mengenai orang tersayang.

Apapun buat semua pembaca OHBULAN!, jom dengar dan hayati lagu Jangan Takut oleh Awi Rafael di bawah ini. Semoga pencarian ini bakal berakhir dengan berita baik tak lama lagi.

SKIP THIS AD ×