Penangan lagu berhantu ‘Di Matamu’ Sufian Suhaimi, ramai yang membuat cover versi sendiri lagu itu kerana meledaknya lagu berkenaan sejak muzik videonya dilancarkan minggu lalu. Tidak ketinggalan, pelakon sensasi Fathia Latiff turut tidak ketinggalan menyanyikan semula lagu berkenaan namun dengan lirik yang ditukar seperti menjawab kepada lagu nyanyian Sufian itu.
Paling mengejutkan adalah tindakan Fathia menyebut bekas tunangan Sufian, Elfira Loy sehingga membuatkan netizen tidak berpuas hati dan berpendapat tindakan itu tidak patut dilakukan.
Cara Fathia berkarya
Sufian seperti dilaporkan Berita Harian berkata dia menganggap cover Fathia itu sebagai satu cara aktres berkenaan berkarya.
Sebelum ini, memang ramai yang membuat ‘cover’ lagu ini dan saya sudah pun mendengarnya. Bagi saya, ini adalah antara lagu ‘cover’ yang kreatif. Saya tak rasa apa-apapun dan melihatnya sebagai cara untuk Fathia berkarya. Saya puji hasil kerjanya itu dan produksi terbabit.
Jangan ada niat tertentu
Tambah Sufian lagi, dia tidak terasa hati meskipun ada netizen yang beranggapan Fathia cuba menoreh kembali luka lama dengan ‘cc’ Elfira Loy di Twitter.
Cuma harapan saya, apabila dia menyanyikan semula lagu itu dalam versinya sendiri, janganlah dia ada niat tertentu seperti membuat serangan peribadi secara berkias sehingga dilihat seperti cuba mencampuri urusan peribadi orang lain.
Menurutnya lagi, amalan menyanyikan semula lagu dengan lirik berbentuk balasan kepada sesebuah lagu sudah menjadi kebiasaan dalam dunia hiburan.
Di luar negara pun ada melakukan perkara sama contohnya lagu If I Was A Boy yang dinyanyikan Beyonce dan Perfect oleh Ed Sheeran. Jadi, ia bukanlah satu perkara yang pelik buat saya.
Fathia Latiff cover Di Matamu
Sumber: Berita Harian