berita

‘Janganlah Lepaskan Kemarahan Terhadap Mereka’ – Disangka Sawan, Wanita OKU Maut Didera

June 30th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Tidak semua manusia dilahirkan dalam keadaan sempurna mampu bersikap baik terhadap golongan OKU (Orang Kurang Upaya) ini. Bahkan ada yang sanggup mengambil kesempatan di atas kelemahan golongan istimewa ini.

Terbaru perkongsian dari Natipah Abu di laman Facebook mengenai seorang wanita OKU yang meninggal dunia dan dipercayai menjadi mangsa dera. Mangsa didakwa meninggal dunia disebabkan penyakit sawan tetapi apabila disiasat terdapat kesan yang mencurigakan.

Ada kesan mencurigakan

Tidak tahu bagaimana hendak menulis yang terbaik. Takut ada hati yang tercalar dan ada aib yang terselak. Tetapi yang pasti ia harus ditulis juga sebagai peringatan buat semua. Insan terpilih ini, pernah kita santuni empat tahun lalu. Dua hari yang lalu, kita menerima berita bahawa dia yang yatim piatu ini telah pergi buat selama-lamanya sejak setahun yang lalu.

Berita pemergian arwah yang di dalam keadaan tragis sekali itu memang sungguh mengejutkan. Otak tidak mampu berfikir bagaimana dan mengapa itu terjadi. Apa fungsi orang sekeliling? Sehingga perkara ini terjadi. Laporan awal, punca kematian disebabkan sawan. Tetapi siasatan polis menemui kesan yang mencurigakan.

Menurut perkongsian individu ini, mendapati mangsa meninggal dunia akibat sawan berdasarkan laporan awal. Tetapi terdapat kesan pada fizikal mangsa yang mencurigakan sehingga diklasifikasikan sebagai kes dera.

Meninggal dunia akibat didera

Gambar hiasan

Arwah didapati telah meninggal dunia akibat didera! Justeru itu, di sini kita ingin berpesan, kalau anda di luar sana diberi tanggungjawab atau secara terpaksa perlu menjaga orang OKU tetapi tidak mahu dan tidak sanggup memikul tanggungjawab itu tolonglah jangan melepaskan kemarahan, kebencian dan ketidakpuasan hati itu kepada mereka yang tidak berdosa ini. Kalau anda berkemampuan, banyak pusat jagaan berbayar di luar sana.

Jika tidak mampu, berundinglah dengan pihak berwajib. Ada pusat jagaan percuma oleh pihak berwajib di luar sana. Tolonglah, jangan menganaiya mereka yang tidak berdosa. Kasihanilah mereka. Mereka tidak meminta dilahirkan begitu. Si pelaku telah pun ditahan di bawah seksyen 302 kanun keseksaan yang mana jika sabit kesalahan, membawa kepada hukuman mati mandatori.

Individu ini menegaskan kepada umum untuk lebih prihatin setelah mendapat tanggungjawab menjaga kebajikan insan istimewa ini. Sekiranya anda tidak mampu untuk menjaga golongan ini, dinasihatkan untuk serahkan kepada institusi kebajikan yang bertanggungjawab.

Sumber: Natipah Abu

SKIP THIS AD ×