Persoalan aurat wanita dan pandangan mata lelaki seolah-olah tiada kesudahannya. Masing-masing menuding jari atas kesalahan pihak lawan. Perdebatan ini makin rancak apabila ada isu dimain dan dinaikkan semula di media sosial setiap kali.
Satu tweet yang dibuat seorang lelaki mengenai ‘kelemahan’ lelaki membuat pengguna lain ‘triggered’ dengan kenyataan dibuatnya. Kenapa pula tu?
Kami tak kuat!
Pengguna Twitter, Radin Ajijan meninggalkan satu komen berkenaan isu aurat dan wanita. Dia mengiyakan betapa nipisnya iman seseorang lelaki dan menyarankan wanita tidak berpakaian ketat seperti sarung nangka kerana kaum Adam tidak cukup kuat menghadapi ujian itu.
Bila bab kawal nafsu, lemah
Seorang tweetfamous, Nalisa Alia Amin menyelar kenyataan tersebut dengan mengatakan lelaki sebelum ini berlagak dengan kekuatan fizikal mereka namun bila melibatkan menahan nafsu, ramai yang lemah dan bodoh. Kemudian, menurutnya, kesalahan jika berlaku apa-apa kes seksual akan diletakkan pada wanita.
Elok gi duduk Taliban sana
Confirm iman tercampak keluar tingkap
Kenapa tak kawal diri sendiri?
Masyarakat Melayu dah biasa lelaki kacau perempuan
Sumber: Nalisa Alia Amin