![]()
Sebut sahaja tentang gigi pasti orang ramai mahukan gigi seputih berlian. Gigi merupakan salah satu aset penting dalam diri kita untuk tampil menawan dalam memberi senyuman. Tetapi ramai yang keliru dengan cara pemutihan gigi terutama dalam segi scalling. Scalling hanya membersihkan karang gigi tetapi tidak memutihkan.
Menerusi Twitter Dr Naqiuddin menerangkan cara pemutihan gigi yang sebetulnya. Bukan dengan cara scalling namun dengan cara rawatan veneer. Rawatan veneer mampu memberikan gigi anda putih bak duta iklan gigi.
Scalling bukan teeth whitening
![]()
Rawatan scalling yang kebiasaan anda lakukan hanya untuk membuang karang gigi yang telah lama melekat di gigi.
Teeth whitening hanya mencerahkan gigi
![]()
Teeth whitening pula hanya memutihkan gigi seperti keadaan asal namun tidak mampu untuk memutihkan gigi seputih yang anda impikan.
Veneer lebih memutihkan gigi
![]()
Satu-satunya rawatan yang boleh memutihkan gigi anda menjadi luar biasa ialah dengan rawatan veneer.
Buat veneer hanya dengan doktor gigi yang sah
![]()
![]()
![]()
Pastikan anda mendapat rawatan veneer daripada doktor gigi yang sah bukan dari ahli kecantikan yang tidak bertauliah.
Veneer mampu membetulkan cacat gigi
![]()
![]()
Terdapat tiga kelebihan rawatan veneer iaitu memutihkan gigi, memperbaiki gigi yang cacat dan merapatkan gigi.
Jenis-jenis veneer
![]()
![]()
![]()
![]()
Terdapat beberapa jenis vaneer yang di tawarkan.
Apa itu composite veneer?
Veneer yang mampu milik dan cepat nak dibuatnya ialah veneer jenis composite.
Composite ni adalah salah satu bahan tampalan yang menyerupai warna gigi.
Jadi composite veneer ni adalah tampalan yang dibuat di permukaan luar gigi. Boleh tengok link ni.https://t.co/6UifXDwl4P
— Dr Q (@dr_naqiuddin) March 6, 2019
Composite vaneer sesuatu yang orang ramai lakukan kerana ianya mudah dan cepat.
Kelebihan composite veneer
![]()
![]()
Composite veneer mampu bertahan sehingga 7 tahun dan ianya mudah dibaiki serta penjagaannya yang mudah.
Apa itu ceramic veneer?
![]()
Ceramic vaneer umpama membuatkan gigi anda lebih realistik seperti telah membuat pembedahan plastik.
Harga mencecah RM20k untuk 10 batang gigi
Ini animasi ceramic veneer.https://t.co/EUJu4kkHYi
— Dr Q (@dr_naqiuddin) March 6, 2019
![]()
Walaupun mampu bertahan sehingga 15 tahun, namun ceramic veneer tidak boleh dibaiki dan kosnya terlampau tinggi.
Siapa yang sesuai buat rawatan veneer?
![]()
Sesiapa yang mempunyai penyakit kronik gigi tidak disyorkan untuk membuat rawatan vaneer.
Prosedur rawatan veneer
![]()
Pertama sekali, permukaan gigi hendaklah dipotong terlebih dahulu.
Cara potong untuk veneer berbeza
![]()
Buat acuan ceramic veneer
![]()
Selepas itu, buat acuan untuk gigi baru. Tetapi jika menggunakan teknik composite veneer, acuan tidak diperlukan.
Hantar acuan ke makmal
![]()
Seterusnya, hantar ke makmal untuk proses ceramic veneer.
Boleh lekat pada gigi selepas seminggu

Selepas seminggu, ceramic vaneer yang telah siap boleh dilekatkan pada gigi pesakit.
Lepas pakai veneer makan kena sopan
![]()
Kepada yang telah menerima rawatan veneer, anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan gigi yang telah di veneer untuk menguyah sesuatu yang keras.
Sumber: Dr Naqiuddin








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)