berita

Janna Nick Menangis Terharu Dapat ‘Surprise’ Dari Kekasih

June 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Hubungan percintaan Janna Nick bersama pelakon baharu, Dini Schatzmann mula dihidu peminat selepas mereka berdua dilihat sering memuatnaik gambar bersama. Hubungan cinta mereka makin hangat apabila kekasih Janna Nick itu beri kejutan istimewa. Siap rakam video sweet lagi!

‘Happy birthday sayang’

https://www.instagram.com/p/CA7qw0CHD4h/

Video yang dirakam Dini sendiri ini sempena menyambut ulang tahun kelahiran ke-25 Janna Nick. Dani turut mendedikasikan ucapan istimewa kepada Janna untuk sentiasa tersenyum, ketawa dan mengharungi momen terindah di dalam hidupnya.

Dalam video ini juga menyaksikan Dini menghadiahkan sebiji kek dan beg hingga membuatkan Janna Nick menangis kerana terharu.

Together until the end

Kelihatan Janna Nick juga meninggalkan ucapan manis di ruangan video yang dimuatnaik Dini. Pengacara Melodi itu mengharapkan agar hubungan mereka berdua berkekalan hingga ke akhir hayat. Rata-rata rakan artis dan peminat juga mendoakan untuk kebahagiaan pasangan dua merpati sejoli ini.

Sumber: Dini Azan Schatzmann

SKIP THIS AD ×