berita

Janna Nick Mohon Maaf Panggil Elly Mazlein Janda Dalam Melodi

January 8th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kenyataan ‘menamatkan zaman janda’ yang secara tidak sengaja dikeluarkan oleh pengacara Melodi iaitu Janna Nick telah dianggap netizen kurang profesional dan biadap. Program itu ditemani Awal Ashaari sebagai teman pengacara dan tetamu jemputan dari pelakon drama Kampung People termasuk Elly Mazlein, Hun Haqiem, Riena Diana dan Kamarul Eqifshah.

Terbaru, Janna Nick menerusi laporan BH Online memohon maaf secara terbuka kepada pelakon Elly Mazlein kerana terlanjuran kata-kata yang tidak sepatutnya ketika bersiaran langsung.

‘Dah nak tamatkan zaman jandanya’

Kenyataan semasa siaran langsung Melodi pada Ahad lalu yang terkeluar dari mulut pengacara Janna Nick itu disifatkan kurang profesional dan agak tidak sesuai. Rata-rata netizen menganggap cara dan stail Janna Nick semasa mengendalikan program gosip tersebut kurang bijak.

Bila tengok Ezlynn ni, kita teringat Kak Lina Pom Pom yang nak menamatkan zaman jandanya.

Begitulah perkataan yang telah dikeluarkan Janna Nick secara spontan bagi tujuan menghubungkan situasi Elly Mazlein ke segmen VT seterusnya.

Akan memperbaiki cara pengacaraan

Susulan daripada itu, Janna Nick tampil memohon maaf sebaik sahaja program siaran langsung itu tamat. Dia turut mengakui bahawa tidak peka dengan pemilihan perkataan ketika itu.

Silap saya kerana tidak peka dalam pemilihan perkataan, namun saya sudah meminta maaf kepada Elly Mazlein sebaik program Melodi selesai.

Saya juga ingin memohon maaf kepada penonton yang mungkin kurang senang atas apa yang berlaku. Saya akan lebih berhati-hati apabila bercakap dan berusaha memperbaiki lagi corak pengacaraan.

Sudah memohon maaf kepada Elly

Janna Nick turut berterima kasih kepada netizen kerana telah menegur cara pengacaraannya itu yang dianggap tidak sesuai dengan situasi. Malah, dia juga akan terus memperbaiki cara mengendalikan program tersebut dengan lebih baik.

Saya terima segala teguran dengan hati yang terbuka. Saya juga berjanji akan lebih peka dan sensitif dalam pemilihan perkataan supaya tidak lagi menyinggung perasaan sesiapa.

Pada tanggapan saya, perkataan ‘janda’ sesuai digunakan, namun saya silap kerana ia sebenarnya tidak manis, apatah lagi untuk program yang disiarkan secara langsung.

Cubaan untuk episod pertama nampaknya tidak digemari, sekali gus menjadi peringatan buat saya supaya lebih berhati-hati.

Saya sudah memohon maaf kepada Elly. Malah, setiap kali program berakhir, saya pasti bertemu artis jemputan untuk memohon maaf sekiranya gurauan saya mungkin tidak disenangi. Setakat ini, semua artis faham dan menerima dengan hati terbuka.

Sumber: BH Online, Akeem Sharyzal

SKIP THIS AD ×