berita

Jarang Jumpa Onde-Onde Bunga Telang, Sekali Cuba Mesti Nak Lagi

May 3rd, 2020 | by Amat
MyResipi

Kuih onde-onde antara kuih tradisi yang menjadi kegemaran ramai ketika berbuka puasa. Lazimnya, kita melihat kuih onde-onde berwarna hijau yang disaluti dengan kelapa parut muda. Tetapi resipi onde-onde bunga telang yang dikongsi Lily Azhary ini jarang kita jumpa. Mungkin rasanya juga agak sedikit berbeza. Jom cuba!

Bahan-bahan

Bagi menyediakan kuih onde-onde bunga telang ini, anda perlu sediakan 2 cawan tepung pulut, 1 cawan air ekstrak bunga telang, 2 ketul gula melaka yang sudah dipotong dadu kecil, 1/2 biji kelapa parut muda di ambil putihnya saja dan garam secukup rasa.

Cara buatnya mudah saja

Rebus bunga telang dengan 2 cawan air jadikan 1 cawan. Anggaran 50-70 kuntum bergantung kepada kepekatan warna yang di kehendaki. Kemudian sejukkan.

Apabila sudah sejuk boleh mula buat adunan dengan mencampurkan tepung pulut dan air bunga telang tadi. Uli hingga doh tidak melekat di tangan. Bentukkan bulat dan isi inti gula melaka. Tutup adunan dan bentuk bulat semula. Ulang proses hingga doh habis.

Rebus dalam air mendidih hingga bebola tadi timbul. Toskan, golekkan di atas kelapa parut yang sudah di gaul dengan garam.

Tips rahsia


Setelah doh diisi inti dan di bentuk sapukan bekas atau dulang untuk meletakkannya dengan sedikit minyak untuk mengelakkan doh melekat. Kelapa parut jika mahu tahan lama, kukus sekejap kemudian gaul rata dengan garam.

Sedia untuk dimakan

Kuih onde-onde bunga telang ini sangat dijadikan sebagai pemanis mulut berbuka puasa bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba!

Sumber: Lily Azhary

SKIP THIS AD ×