berita

Jasad Ditemui Suami, Kematian Pelakon Terkenal Jepun Yeko Takeuchi Kekal Misteri

October 1st, 2020 | by Amat
Kini Trending

Pelakon terkenal Jepun iaitu Yuko Takeuchi ditemui meninggal dunia di kediamannya di Shibuya Ward. Pelakon Miss Sherlock itu menghembus nafas di usia 40 tahun dan mayatnya ditemui sendiri oleh suami iaitu Taiki Nakabayashi pada Ahad lalu.

Kematian pelakon itu disahkan pihak hospital sendiri. Bagaimanapun, pihak polis negara itu menyiasat terlebih dahulu berhubung kematian Yuko Takeuchi dan masih menjadi tanda tanya punca kematian beliau.

Kes bunuh diri berturut-turut

Menerusi laporan BBC News, kes bunuh diri dalam kalangan selebriti di Jepun kerap terjadi pada tahun ini. Sebelum ini, bulan Mei lalu didapati Hana Kimura bunuh diri manakala bulan Julai dilaporkan pelakon Haruma Miura pula dikategorikan dalam kes bunuh diri. Pelakon wanita iaitu Sei Ashina disahkan meninggal akibat bunuh diri pada bulan Ogos.

Rata-rata peminat dan rakan industri Jepun terkejut sewaktu menerima berita tersebut. Malah, mereka juga tidak mempercayai berita kematian tersebut. Mayat Yuko Takeuchi di temui sendiri oleh suaminya pada hari Ahad lalu di kediaman mereka sendiri.

‘Saya dah tak ada keinginan’

Semasa sesi temu bual bersama pelakon ini pada bulan Oktober lalu, Yuko Takeuchi pernah berkata dia lebih seronok meluangkan masa bersama keluarga dan tidak dibebani oleh kerja.

Sekarang saya dah mencecah usia 40an, saya dah tak ada keinginan untuk menyesali atau menoleh ke belakang. Saya fikir semua beban di atas bahu saya lebih ringan, tak seberat dahulu.

Saya lebih bersyukur dan menghargai kehidupan saya apabila meluangkan masa bersama keluarga melalui FaceTime. Dalam usia saya ini, saya lebih tenang bersama keluarga pada masa yang sama urusan kerja pun lebih ringan.

Sementara itu, suami mendiang iaitu Taiki Nakabayashi tidak sangka dan tak pernah terfikir yang isterinya itu akan bertindak sedemikian. Bagaimanapun, punca kematian dan kronologi masih dalam siasatan pihak polis.

Saya tak terfikir sebab munasabah dia akan memperlakukan dirinya sebegitu.

Bagaimanapun, stesen TV di Jepun iaitu TV Asahi melaporkan bahawa persoalan mengenai kesihatan mental di negara itu yang dilihat sering menjadi punca kepada unsur bunuh diri. Tambahan, statistik kegembiraan di negara tersebut berada di antara tangga ke bawah. Dalam beberapa TV siri di negara itu mengibaratkan kesihatan mental dalam kalangan rakyatnya seolah tidak wujud, sering dipandang remeh dan tidak wujud.

Sumber: BBC News, The Star

SKIP THIS AD ×