Industri hiburan Bollywood kehilangan bakat terbesar apabila pelakon TV iaitu Sameer Sharma disahkan meninggal dunia dipercayai bunuh diri. Memetik laporan Indian Express, jasad mendiang ditemui di kediamannya di Mumbai, India pada hari Rabu lalu. Mayat dibiarkan tergantung kira-kira 2 hari sebelum ditemui penjaga kediaman itu.
Tidak tinggalkan sebarang nota
Menurut laporan Ibu Pejabat Polis di daerah Malad iaitu Inspektor George Fernandes menemui mayat pelakon itu dalam keadaan tergantung, lehernya dijerut dengan tali di dapur di kediamannya.
We have not found any suicide note at the spot. It seems to be a suicide case. It is suspected that he hanged himself two days back. We have sent the body for an autopsy.
Malah, pihak berkuasa juga gagal menemukan sebarang bahan bukti yang lain bagi membantu siasatan terhadap punca pelakon lelaki itu gantung diri. Jasad tersebut telah tergantung 2 atau 3 hari sebelum ditemui. Kes ini disifatkan sebagai kes bunuh diri. Bagaimanapun, jasad pelakon berusia 44 tahun itu dihantar bagi bedah siasat.
Ditemui oleh penjaga apartment
Mayat mangsa ditemui oleh penjaga kediaman tersebut yang mengintai dari jendela dapur. Dia bagaimanapun segera menghubungi pihak polis mengenai kejadian yang dilihatnya itu. Difahamkan, sejak Februari lalu lagi Sameer Sharma tinggal keseorangan di situ.
Disyaki punca daripada gangguan mental
https://www.instagram.com/p/CC6tKq3Buoq/
Sebelum ini, Sameer Sharma pernah berkongsi beberapa kapsyen mengenai tekanan atau depresi melalui laman Instagram miliknya. Malah, dia juga sering berkongs posting mengenai kesihatan mental, kemurungan dan gangguan bipolar kepada pengikutnya. Oleh demikian, rata-rata membuat kesimpulan bahawa punca pelakon ini bunuh diri adalah disebabkan oleh gangguan mental yang dihadapinya. Bagaimanapun, kes dan punca kematian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Sumber: India Today, Indian Express