Ahli keluarga Allahyarham Ustaz Idris Abdol Talib @ Ramali yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina dekat Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu berkata jenazah tidak hangus terbakar.
Artikel Berkaitan: Nahas Pesawat Terhempas, Wanita Nyaris ‘Hilang’ Dua Anak
Artikel Berkaitan: Sanggup Kerja Siang Malam, Rakan Dedah Arwah Hafiz Mahu Bantu Tanggung Belanja Adik Kahwin
Artikel Berkaitan: Juruterbang Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Dah 4 Tahun Menduda, Bapa Akan Jaga Tiga Cucu
Artikel Berkaitan:Mungkin Dia Sudah Rasa Hendak Pergi Meninggalkan Kami’
Pakaian sahaja yang terbakar
Di Instagram, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff memberitahu tragedi yang berlaku itu hanya membuatkan pakaian arwah sahaja yang terbakar.
Al-Fatihah. Baru sahaja selesai menziarahi keluarga beliau di Taman Ketari, Bentong Pahang. Terharu dapat makluman daripada keluarga arwah bahawa jasadnya tidak hangus terbakar, hanya pakaian saja yang terbakar.
Allahuakbar. Almarhum ustaz Idris adalah merupakan seorang hafiz Al-Quran. Semoga semua roh arwah bersama para solihin dan ditempatkan di syurga yang tertinggi.
Difahamkan jenazah Idris akan dibawa dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) ke Masjid Tengku Sulaiman Ketari, Bentong hari ini untuk memberi peluang kepada ahli keluarga dan orang ramai memberikan penghormatan terakhir. Solat jenazah kali kedua akan turut dilakukan sebelum bergerak ke Tanah Perkuburan Barak Benus.
Ahli keluarganya arwah turut menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam bantuan tragedi tersebut.
Sumber: Siti Zailah