Bapa kepada Heikal Aras iaitu juruterbang yang maut dalam nahas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis memberitahu dia akan menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada ketiga-tiga cucunya.
Artikel Berkaitan:Mungkin Dia Sudah Rasa Hendak Pergi Meninggalkan Kami’
Artikel Berkaitan:‘Patut La Sedih Sangat, Rupanya Adik Sepupu Sendiri’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Amat Bersedih Dengan Kehilangan Ini’ – Young Syefura
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian Pesawat Terhempas Di Elmina
Artikel Berkaitan: EXCO Pahang Antara 10 Terkorban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina
Artikel Berkaitan: ‘Terdengar Bunyi Dentuman Yang Kuat…Nampak Seseorang Dalam Keadaan Terbakar Rentung’ – Saksi
Artikel Berkaitan: Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Bukan Tragedi Pertama, Rupanya….
Bapa tunggal tiga orang anak
Menerusi laporan Harian Metro, Abdul Azim berkata, beliau masih terkejut dengan berita pemergian arwah anaknya itu namun reda dengan ketentuan Allah SWT. Tambahnya, arwah adalah anak kedua daripada lima beradik dan bapa tunggal kepada tiga orang anak.
Pada masa ini, ketiga-tiga cucu di bawah jagaan keluarga saya mengikut keputusan Mahkamah Syariah. Tapi kalau ibu mereka nak datang tengok, boleh juga. Rumah kami sekeluarga dekat sahaja, belakang rumah saya ialah rumah arwah manakala adiknya di sebelah.
Jadi memang anak-anaknya membesar bersama di sini. InsyaAllah tak ada masalah untuk menjaga mereka.
Ujar Abdul Azim lagi, tiga anaknya adalah juruterbang iaitu arwah, anak keempat dan anak kelima.
Jenazah arwah kini sedang melalui proses pengecaman oleh adiknya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Berbicara lebih lanjut, arwah Heikal sebelum ini pernah bertugas di AirAsia dan Vietnam Air sebelum diberhentikan ketika pandemik Covid-19 dan menyertai Jet Valet Sdn. Bhd.
Menurutnya, jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya selepas proses dokumentasi dan hospital selesai.
Sumber: Harian Metro