Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, dikatakan sanggup bekerja siang dan malam mencari wang bagi membantu mengumpul biaya untuk perbelanjaan kahwin adik perempuannya.
Artikel Berkaitan: Juruterbang Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Dah 4 Tahun Menduda, Bapa Akan Jaga Tiga Cucu
Artikel Berkaitan:Mungkin Dia Sudah Rasa Hendak Pergi Meninggalkan Kami’
Artikel Berkaitan:‘Patut La Sedih Sangat, Rupanya Adik Sepupu Sendiri’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Amat Bersedih Dengan Kehilangan Ini’ – Young Syefura
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakaman ‘Dashcam’ Kejadian Pesawat Terhempas Di Elmina
Artikel Berkaitan: EXCO Pahang Antara 10 Terkorban Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina
Artikel Berkaitan: ‘Terdengar Bunyi Dentuman Yang Kuat…Nampak Seseorang Dalam Keadaan Terbakar Rentung’ – Saksi
Artikel Berkaitan: Nahas Pesawat Terhempas Di Elmina Bukan Tragedi Pertama, Rupanya….
Kumpul biaya perbelanjaan kahwin adik
Menerusi laporan Berita Harian, majlis perkahwinan adik Allahyarham dijadualkan pada 26 Ogos ini di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah. Arwah yang bekerja sebagai penghantar makanan pernah memberitahu rakannya bahawa dia ingin mencari wang bagi membantu membiayai kos perkahwinan adik perempuannya, malah sanggup bekerja siang malam.
Dia juga jemput rakan-rakan ‘rider’ untuk menghadiri kenduri di Taman Sidam Kiri, Sungai Petani, Kedah pada 26 Ogos depan.
Jenazah Muhammad Hafiz dimandi dan disembahyangkan sejurus dituntut ahli keluarganya dari Jabatan Forensik HTAR hari ini.
Sumber: Berita Harian