Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila youtuber terkenal Alieff Irfan menghasilkan satu video pendek yang didakwa mengandungi unsur-unsur lucah. Video yang diadaptasikan dari satu cerpen pendek ‘Cikgu Suraya’ yang rata-rata mengetahui jalan cerita tersebut mengandungi elemen lucah.
Netizen terus mengecam dan menyeru agar memboikot Alieff supaya dijadikan pengajaran agar berhati-hati ketika menghasilkan sesuatu video untuk tontonan umum. Terbaru, pelakon Jasmine Suraya yang turut terbabit dalam video berkenaan tampil memberi penjelasan.
Tidak sesuai untuk tontonan umum
Video yang berdurasi 6 minit itu menunjukkan jalan cerita yang seakan-akan serupa dengan cerpen lucah ‘Cikgu Suraya’. Beberapa babak video tersebut seakan meniru plot cerita cerpen lucah yang pernah popular di internet satu ketika dahulu.
Lebih mengejutkan lagi apabila artis Malaysia, Jasmine Suraya turut muncul di dalam video tersebut memegang watak Cikgu Suraya. Watak Jasmine Suraya yang pada mulanya mengenakan baju kurung serta bertudung bertukar daring selepas menumpangkan pelajarnya mandi di rumah. Rata-rata netizen merasakan bahawa video tersebut tidak sesuai untuk tontonan umum.
Jalan cerita tak habis lagi
Sehubungan dengan itu, pelakon Jasmine Suraya tampil memberi penjelasan menerusi Mstar. Dia berkata video tersebut belum habis menjalani penggambaran dan ianya mengisahkan tentang ejen perisikan. Tambahnya lagi, video tersebut sepatutnya disiarkan sebagai sebuah filem bukannya secara bersiri.
Sejujurnya saya tak sangka Alieff akan release video itu kerana kami belum pun habis shooting lagi.
Lebih-lebih lagi ia sepatutnya disiarkan sebagai sebuah filem pendek dan bukannya episod jadi orang akan faham cerita itu sebenarnya mengenai apa.
Sekarang ni netizen ingat kami buat cerita mengenai Cikgu Suraya sedangkan ianya adalah mengenai pasukan gerakan khas dan perisikan.
Tidak ada babak tak senonoh
Menurutnya lagi, netizen telah menilai hanya dari sebahagian daripada jalan cerita. Hal ini tidak sepatutnya tidak dijadikan isu kerana tidak memaparkan babak yang tidak senonoh.
Sepatutnya dalam filem itu ada banyak lagi plot twist yang belum dikeluarkan kerana kami tidak sempat nak shoot babak itu kerana waktu itu saya berada di Kelantan dan waktu sangat terhad.
Cuma ia tidak adil untuk dinilai kerana mereka tak tahu cerita sebenar… cerita itu bukannya nak tunjukkan babak tidak senonoh saja.
Ia juga tidak sepatutnya mendatangkan apa-apa kontroversi kepada masyarakat kerana ianya dibuat bertujuan sekadar hiburan. Lagipun nama saya memang Suraya jadi apa salahnya gunakan sahaja nama sendiri? Tak sangka pula ia akan jadi kecoh sebegitu sekali.