berita

Jasmine Suraya Pernah Kena Maki Dekat Set Penggambaran Sebab Tak Fasih Bahasa Melayu

December 5th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Jasmine Suraya menceritakan pengalaman pahitnya ketika baru menapak dalam industri lakonan.

Artikel Berkaitan: Jasmine Suraya Artis Malaysia Pertama Berjaya Sertai Akademik Lakonan Terkemuka Di LA! Setaraf Lady Gaga & Angelina Jolie

‘Sangat mencabar’

Menerusi hantaran video di TikTok, Jasmine Suraya atau nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei berkongsi pengalaman tidak dilupakan sewaktu berada di set penggambaran ketika hadir sebagai tetamu di podcast, aktres Amelia Henderson.

Pelakon berusia 34 tahun itu turut mendedahkan dia bermula sebagai pelakon tambahan dan baginya ketika itu sangat mencabar.

Dalam pada itu, Jasmine menceritakan dia pernah dimaki dan dimarahi di set penggambaran disebabkan tidak fasih dalam bahasa melayu.

Saya bermula dengan pelakon tambahan dan rasa sangat susah terutamanya masa itu, saya tak fasih bahasa melayu. Sangat mencabar.

Saya kena maki dekat set, pernah orang ‘racist’ dekat saya dan pernah orang cakap dekat saya siapa ambil cina bab* ini. Orang cakap macam itu dan lepas itu marah.

Disebabkan itu, pelakon drama ‘Adellea Sofea’ itu akan gagap dan akan berasa gementar setiap kali penggambaran bermula.

Ketika itu, masa saya nak berlakon mesti akan gagap, perkataan tak teratur. Setiap kali dialog saya akan berpeluh, saya akan ‘nervous breakdown’.

Video

@studiosembang

ha see, susah macam mana pun kalau nak belajar bahasa ibunda kita boleh je geng. nak atau tak je. sampai bila kita nak rasa tak perlu utk belajar bahasa kita sendiri? dimana ada kemahuan disitu ada jalan ? #jomsembang dengan @jasmine_suraya kat @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts ! #studiosembang

? original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×