berita

[VIDEO] Netizen ‘Risau’ Tengok Jasmine Suraya Pakai Baju Nampak Lurah

August 1st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Jasmine Suraya

Penampilan pelakon Jasmine Suraya atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei ketika menghadiri sebuah acara baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ke India Atas Sebab Bercuti’ – Jasmine Suraya Nafi Tukar Agama

Artikel Berkaitan: Jasmine Suraya Pelik Kenapa Drama ‘Cikgu Suraya’ Buat Netizen Marah

‘Nampak lurah’

Jasmine Suraya

Menerusi hantaran di Instagram, Jasmine memuat naik sepotong video memaparkan dirinya mengenakan busana berona kelabu cerah ketika menghadiri acara tersebut.

Bagaimanapun, busana berkenaan dikatakan terlalu seksi sehingga menampakkan bahagian lurah dadanya.

Malah, busana tersebut turut mendedahkan bahagian bahu serta perut aktres berusia 33 tahun itu.

Reaksi netizen

Jasmine Suraya

Rata-rata netizen di ruangan balas mempersoalkan tindakan Jasmine yang dikatakan terlalu ‘berani’ tampil sedemikian di acara yang dihadiri orang ramai.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyatakan penampilan tersebut boleh mendorong ke arah perkara yang tidak baik berlaku.

Pun begitu, masih ada segelintir wargamaya yang tampil mempertahankan Jasmine dengan mengatakan tidak salah dia mengenakan busana seksi memandangkan pelakon filem Paskal itu bukan beragama Islam.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jasmine Suraya (@jasmine_suraya)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×