berita

Jason Mraz Buat Peminat Tersentuh Kerana Filem Pendek ‘We Can Take The Long Way’. Dahsyat!

June 27th, 2014 | by Ai
Video Popular

S

Setiap manusia pasti menginginkan hubungan percintaan yang kekal sampai ke tua kan? Malah, jika boleh biarlah rasa cinta itu kekal seperti saat cinta pandang pertama. Cewah!

Kalau nak tahu, We Can Take The Long Way telah digarap menjadi sebuah filem pendek yang menceritakan tentang perjalanan hidup dan percintaan sepasang kekasih.

Uniknya, ia menggabungkan tiga buah lagu terbaru Jason Mraz dengan menggunakan elemen muzik pop ballad yang mana secara keseluruhannya dapat memikat hati sesiapa saja yang mendengarnya.

Screen Shot 2014-06-26 at 12.08.24 PM

Menggunakan khidmat Jeff Nicholas dan Jonathan Craven sebagai pengarah filem pendek ini, video berdurasi 14:45 minit menggambarkan kisah sepasang kekasih dari mula berkenalan hingga tua.

Percaya atau tidak, cubaan untuk menyuntik elemen kasih sayang dan kehidupan ini membuahkan hasil apabila sekali lagi Jason berjaya menghasilkan lagu yang penuh dengan nilai-nilai positif.

Tersentuh hati kami apabila mendengar bait-bait lirik lagu ini yang jelas memberikan semangat kepada setiap pasangan.

Screen Shot 2014-06-26 at 12.25.25 PM

Malah, filem pendek ini turut menerima pelbagai reaksi dari pendengar yang rata-rata amat menyukai jalan cerita yang ringkas tetapi penuh dengan pengertian.

Screen Shot 2014-06-26 at 2.11.08 PM Screen Shot 2014-06-26 at 2.11.20 PM

Apapun, kami cadangkan anda menyelami lirik dan jalan cerita yang sungguh indah ini, dan percayalah bahawa korang akan merasa seperti mendapat nafas baru dalam kehidupan.

Apa kata korang tengok dulu klip video ini, mana tau tertambat hati? Hehe. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×