berita

‘Jatuh Air Mata Jantan Kami…’

March 17th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sedih menonton video yang dikongsikan pengguna TikTok iaitu Zarathul Azriella memaparkan seorang anggota polis baru saja menamatkan Latihan Asas Konstabel Percubaan bertemu dengan ibu dan ayahnya.

Bergenang air mata

@zarathulazriellaAlhamdulillah selesai 6 bulan latihan. Dapat kejap je jumpa. Terus fly ke bintulu ???? You Are My Everything – Gummy

Difahamkan, anggota polis tersebut baru selesai menjalani Latihan Asas Konstabel Percubaan selama enam bulan. Dia diberi kesempatan untuk bertemu dengan keluarganya buat seketika waktu sebelum berlepas ke Bintulu, Sarawak. Dia kelihatan memberi tabik hormat sebelum dipeluk oleh ayah dan ibunya.

Penggunaan lagu dari OST dari drama Korea iaitu Descendants Of The Sun berjudul You Are My Everything membuatkan video ini menyentuh hati pengguna media sosial yang lain.

Tahniah dapat banggakan ibu ayah

Sementara itu, di ruang komen ramai netizen tersentuh menonton video yang penuh emosi ini. Mereka turut mengucapkan tahniah buat anggota polis berkenaan kerana dapat menamatkan latihan tersebut dan membanggakan kedua ibu bapa.

Sumber: Zarathul Azriella

SKIP THIS AD ×