berita

Jay Park Lancarkan Muzik Video Baru, Joah

April 10th, 2013 | by Ai
Hollywood

Jay Park

Nama Jay Park rasanya sudah tidak asing lagi bagi kita kerana Mizz Nina pernah berkolaborasi bersama penyanyi ini untuk lagunya, “Around The World”.

Penyanyi berketurunan Korea yang dilahirkan di US ini merupakan bekas ketua kumpulan 2PM dan dia baru-baru ini telah melancarkan muzik video barunya yang berjudul “Joah”. Disamping itu, Jay Park turut melancarkan album singlenya yang mengandungi 3 buah lagu iaitu, “1Hunnit”, Welcome dan juga “Joah” sendiri.

Menariknya, muzik video berdurasi 4.06 minit ini menampilkan krew B-Boy Seattle, AoM (Art Of Movement). Jom tengok MV “Joah” selepas ini!

SKIP THIS AD ×