berita

Jealous Lettew – Awal Ashaari Tak Faham Motif Gambar Anaknya Dipadam. Dah Kenapa?

July 24th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

honeymooon awalscha.

Kalau korang penbaca setia OHBULAN! mesti dah tahu bahawa pasangan pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya dah selamat menimang cahaya mata perempuan semalam.

Artikel Berkaitan: Tahniah : Scha & Awal Syukur Cahaya Mata Sulung Selamat Dilahirkan. It’s A Girl!

Rasanya semua pasangan pun akan memuat naik foto anak mereka di Instagram kan? Kalau kami pun akan buat perkara yang sama. Exited kot!

Namun, entah dimana silapnya, tiba-tiba foto tersebut telah dipadam. Terkejut juga kami kerana menyangka Awal sendiri yang memadam gambar berkenaan.

Screen Shot 2014-07-23 at 9.54.24 PM

Nak dijadikan cerita, Awal telah memuat naik status bahawa pihak Instagram sendiri yang telah memadam foto tersebut. Atas sebab apa, Awal sendiri pun tak tahu.

Instagram deleted my baby’s photo yg i post this morning. Serious tak faham. Jealous lettew :( #apasalahaku? #jeleslatugambartuada46ribulike

Setahu kami, Instagram hanya akan memadam gambar jika ada laporan yang mengatakan foto tersebut tidak sesuai ataupun mengganggu pihak lain.

Jadi apa sebabnya foto jari little princess ini dipadam? Korang rasa ada ke pihak yang tak senang melihat foto tu? Hmmm, bersabarlah Awal kalau ada.

Apapun, kami harap kondisi baby Schawal dalam keadaan sihat. Tak sabar pula nak tengok wajah si kecil ini. Pasti comel macam ibu bapanya.

SKIP THIS AD ×