berita

Jemaah Di Kuala Lumpur Dibenarkan Solat Jumaat Di Masjid Tetapi Bersyarat

October 16th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik melalui laman Facebook memaklumkan pembukaan masjid dan surau bagi solat Jumaat dan fardhu di sekitar Kuala Lumpur dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah bersyarat.

Kehadiran jemaah terhad

Makluman ini diputuskan selepas berbincang bersama Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebelum dipersembahkan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bilangan jemaah yang hadir adalah terhad mengikut keluasan tempat ibadah.

Bagaimanapun, Datuk Dr Zulkifli prosedur dalam tempoh PKPB ini akan diteliti semula bagi membolehkan ramai lagi jemaah hadir ke masjid atau surau untuk menunaikan solat.

Syarat di masjid dan surau

Sehubungan itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah telah memperkenankan solat Jumaat tidak melebihi 50 jemaah dalam masjid atau surau, dan mestilah menjaga jarak sekurang-kurangnya 1 meter.

Begitu juga dengan solat fardhu, di mana tidak melebihi 20 orang jemaah di dalam dewan solat. Selain itu, kehadiran jemaah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid atau Surau masing-masing melalui jemputan. Perkara tersebut adalah bagi memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda dunia.

Sumber: Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

SKIP THIS AD ×