berita

Arab Saudi Tetapkan Jemaah Haji Wajib Ambil Vaksin Covid-19

March 3rd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Nampaknya jutaan dos vaksin mula diedarkan di seluruh dunia termasuk Malaysia sendiri yang menerima vaksin pertama Pfizer-BioNTech pada 24 Februari lalu. Malah 14 juta dos vaksin COVID-19 Sinovac pula akan mula diedarkan secara berperingkat pada April ini.

Artikel Berkaitan : Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula 24 Februari Ini

Justeru itu, kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan vaksin Covid-19 ke atas bakal jemaah haji tahun ini termasuk tenaga pekerja yang bertugas di Mekah.

Syarat utama


Menurut Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Tawfiq Al-Rabiah ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Vaksin COVID-19 adalah wajib kepada sesiapa sahaja yang mahu menunaikan ibadah haji dan ia akan menjadi salah satu syarat utama haji.

Kami harus bersiap lebih awal untuk mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan untuk mengoperasikan kemudahan kesihatan di Makkah, tempat suci dan Madinah, dan tempat masuk bagi jemaah haji untuk musim haji 2021

Pada tahun 2020, kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan Covid-19. Kerajaan Arab Saudi telah memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 17 Disember lalu melibatkan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan AstraZenec.

Tidak perlu kuarantin selepas vaksin

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Dr. Mohammed Al-Abd Al-Aly memaklumkan bahawa individu yang sudah menerima vaksin tidak perlu lagi kuarantin jika disahkan mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19.

Sesiapa yang menerima vaksin tidak diharuskan kuarantin walaupun bersentuhan dengan orang yang dijangkiti.

Setakat 2 Mac angka kematian di Arab Saudi kini berjumlah 6,505 orang dan terdapat 2,571 kes aktif, 508 daripadanya berada dalam keadaan kritikal. Sehingga semalam, seramai 885,411 orang sudah menerima vaksin di negara tersebut.

Sumber : Arabnews

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×