Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengeluarkan arahan notis ‘top urgent’ dalam bentuk pekeliling kepada jemaah umrah diarahkan keluar dari Mekah dalam tempoh tiga hari dipercayai akibat penularan wabak COVID-19. Arahan ini diterima pengendali ibadat umrah (muassasah) yang berada di Jeddah, Arab Saudi.
Akan diteruskan sehingga Ramadan
Semua jemaah yang berada di luar Mekah perlu ke kota itu untuk menyempurnakan ibadat umrah dan meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh tiga hari bermula hari ini sehingga 8 Mac 2020 (Ahad).
Maklumat mengenai pekeliling ini disampaikan seorang pengendali umrah iaitu Erdie Nasrullah yang menetap di Jeddah.
Setakat hari ini, kerajaan Arab Saudi masih menghentikan kegiatan umrah berikutan penularan COVID-19 dan syarikat penerbangan, antaranya Saudi Airlines sudah mengeluarkan notis penggantungan sementara sehingga April ini.
Ramalan kami dalam kalangan orang tempatan di Arab Saudi, berkemungkinan sekatan ini akan diteruskan sehingga Ramadan dan terus kepada musim haji nanti.
Jemaah makin berkurangan
Bagaimanapun, kawalan terhadap penularan wabak COVID-19 ini akan dipertingkatkan sebagai langkah keselamatan. Sebelum ini, Arab Saudi telah dilaporkan terdapat dua kes positif wabak yang dapat membimbangkan masyarakat di sana.
Jemaah semakin berkurangan setakat hari ini tetapi tidaklah sampai lengang. Cuma yang tinggal adalah saki baki jemaah yang masuk ke Makkah sebelum berlakunya penggantungan sementara visa.
Setakat ini tidak ada kemasukan jemaah dan semua pengusaha serta pengendali umrah sedang menunggu pengumuman lanjut daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sama ada penggantungan ini dihentikan atau sebaliknya.
Bukan pertama kali dalam sejarah
https://www.instagram.com/p/B9Xs7eQJDMg/
Sumber: Berita Harian