berita

Jenazah Mejar Mohd Zahir Selamat Dikebumikan

September 5th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Jenazah anak kepada pelakon AR Badul, Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut selepas terkena tembakan ketika sesi demonstrasi semalam telah selamat dikebumikan .

Menerusi laporan Harian Metro, jenazah Mohd Zahir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh, Perak kira-kira pukul 8:20 pagi tadi.

Suasana hiba

Istiadat pengebumian itu berlangsung dengan penuh hiba dan dihadiri lebih 2,000 orang termasuk ahli keluarga, warga ATM dan penduduk setempat.

Sebagai tanda penghormatan, Mohd Zahir diberikan tabik hormat oleh pegawai dan anggota ATM yang hadir sebelum diturunkan ke dalam liang lahad.

Bapa arwah, AR Badul dan isteri arwah, Nour Shafinar Harun serta anak-anak kemudian diberikan kesempatan menyiram air dan menabur bunga di pusara Allahyarham.

Nour Shafinar turut menerima Jalur Gemilang yang disampaikan Pegawai Memerintah Rejimen 11 Gerak Khas, Kolonel Zulkinine Mohd Yunus.

Istiadat pengebumian selesai sepenuhnya pada 8.45 pagi.

Disambut ahli keluarga dan jiran tetangga

Terdahulu awal pagi tadi,  jenazah Allahyarham Mohd Zahir tiba kira-kira jam 5.45  dari Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak dengan disambut ahli keluarga, kenalan serta jiran tetangga.

Allahyarham disolatkan di masjid kem berkenaan sebelum dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan.

Semalam, Mohd Zahir maut selepas terkena tembakan senjata jenis M4 ketika sesi demonstrasi di Kem Lok Kawi Sabah.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Dep Supt Haris Ibrahim, ketika kejadian mangsa telah tertembak oleh rakannya sendiri dalam jarak lingkungan lima meter menggunakan senjata api semasa acara persembahan tembak.

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×