berita

Jenazah Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Kerana Covid-19 Di Qatar Selamat Dikebumikan

June 11th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Tengku Endut Tengku Jusoh disahkan meninggal dunia di Qatar. Arwah dipercayai meninggal dunia akibat Covid-19 pada 10 Jun 2020 jam 11.00 pagi waktu tempatan.

Pernah menyertai Malaysia Airlines

Difahamkan, Allahyarham pernah bertugas di Malaysia Airlines sebelum menyertai Qatar Airways sebagai jurutera. Khabar menyedihkan ini telah dikongsi melalui laman Facebook rasmi Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menerima berita mendukacitakan apabila rakyat Malaysia yang berasal dari Besut, Terengganu meninggal dunia di Qatar akibat Covid-19.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tengku Endut Tengku Jusoh atas kehilangan ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta memberikan ketabahan kepada ahli keluarganya. Al-Fatihah.

Melalui proses yang ketat

Memetik laporan Metro, Kedutaan Besar Malaysia di Qatar melaporkan pengurusan jenazah diuruskan dengan baik walaupun berdepan dengan beberapa prosedur yang ketat kerana mematuhi SOP.

Pengurusan jenazah ini perlu melalui beberapa proses yang agak ketat dan berbeza namun ia berjalan dengan lancar dan baik.

Solat jenazah dan pengebumian dilakukan hospital, pihak berkuasa tempatan, pegawai kedutaan dan beberapa wakil rakyat Malaysia.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×