Anak kepada pelakon veteran Fauziah Nawi iaitu Pitt Haniff yang dikhabarkan terjatuh dari bot fiber ketika memancing di Sungai Mela, Jerantut, Pahang telah berjaya ditemui Pasukan mencari dan menyelamat (SAR). Fauziah Nawi menerusi laman Facebook memaklumkan kepada umum bahawa mayat anak lelakinya itu telah berjaya dijumpai dalam keadaan yang baik.
Pitt Haniff sudah ditemui
Fauziah Nawi memuatnaik kapsyen di laman Facebook meluahkan rasa syukur kerana pasukan mencari dan menyelamat telah berjaya menemui mayat anak lelakinya itu di kawasan sungai berkenaan. Rata-rata termasuk rakan artis menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mangsa.
‘Tunggu mama’
Berkongsi berita sedih itu, Fauziah Nawi baru sahaja dimaklumkan mengenai penemuan itu oleh adiknya yang berada di lokasi kejadian. Pelakon veteran ini turut menzahirkan kata-kata kerinduan buat Mohd Firdaus Hj Mohd Hanif atau lebih dikenali sebagai Pitt Haniff.
‘Mama minta maaf…’
https://www.facebook.com/fauziah.nawi.5/videos/2497108437074476/
Dalam keadaan sebak, Fauziah Nawi mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan proses pencarian mangsa sepanjang kehilangannya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang mendoakan dan berusaha mencari jenazah anak saya. Saya minta maaf kerana tidak dapat melayan panggilan telefon.
Pihak bomba yang menjumpai jenazah anak saya, Mohd Firdaus, dia mengatakan dia tidak pernah jumpa jenazah dalam keadaan baik seperti itu walaupun dah dua hari.
Pitt, mama minta maaf sebab mama tak dapat menjaga Pitt seperti yang mama janjikan kepada arwah baba.
Anak saya sudah dibawa ke Hospital Kuala Lipis dan kemudian baru boleh dibawa balik. Saya tak tahu bawa balik ke rumah saya, Taman Melati ataupun balik ke rumah besan saya di mana dia tinggal bersama isteri dan anak-anaknya.
Berakhir sudah hidup anak saya di usia 43 tahun. Alhamdulillah setelah jenazah ditemui dengan elok. Terima kasih semua. Assalamualaikum.
Sumber: Fauziah Nawi