berita

Jennifer Hudson & B.O.B Bakal Gegarkan MTV World Stage Ogos Ini

July 17th, 2014 | by Ai
Kini Trending

image

Berita baik buat peminat yang dah tak sabar menantikan konsert yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi antarabangsa iaitu MTV World Stage 2014.

Selepas mengumumkan kemunculan Yuna dan kumpulan K-Pop terkenal, Boys Republic untuk membuat persembahan, MTV turut membawakan penyanyi bertaraf antarabangsa, Jennifer Hudson Dan B.O.B khas untuk anda!

Artikel Berkaitan : Yuna & Boys Republic Bakal Gegarkan MTV World Stage Buat Pertama Kali Ogos Ini

Kalau nak tahu, MTV World Stage kali ini merupakan detik bersejarah buat Jennifer kerana ia merupakan pertama kali penyanyi yang popular menerusi lagu ‘I Remember Me’ itu menjejakkan kaki ke Asia.

093013-bob-600-1380553259

B.o.B pun ada tau!

Nampaknya, melalui laman sosial Twitter, Jennifer turut memaklumkan dia sangat teruja untuk datang ke Malaysia dan berjumpa dengan peminat-peminatnya.

Bukan itu saja, MTV turut menampilkan penyanyi hip-hop terkenal, BoB untuk sama-sama menggegarkan pentas kali ini bersama barisan artis terkemuka yang lain.

Seperti tahun sebelumnya, acara berprestij ini akan dikendalikan sekali lagi oleh VJ MTV Alan dan Hanli. Malah, dijangkakan lebih 15,000 penonton akan hadir. Wow!

Apapun, bagi anda yang masih tak tahu apa-apa mengenai perkembangan terbaru MTV World Stage, bolehlah layari Facebook, Twitter dan Instagram MTV Asia untuk sebarang pertanyaan.

Apapun, jom layan dulu MV terbaru jennifer Hudson & B.o.B. Ambil feel sikit. Hehe

http://youtu.be/SgZ8IwmO53M

SKIP THIS AD ×