berita

Jennifer Hudson Tak Jadi Perform, Boys Republic Nak Cari Girlfriend Di MTV World Stage 2014?

July 31st, 2014 | by Ai
Kini Trending

image-630x353

Bulan lalu kami sudahpun memberitahu anda mengenai empat selebriti terkenal yang dijangka bakal membuat persembahan sempena MTV World Stage 2014 kan?

Namun, ada sedikit berita sedih buat peminat Jennifer Hudson. Kami dengar Jennifer tak dapat hadir untuk membuat persembahan kerana ada percanggahan jadual di saat-saat akhir.

Hmmm, terpaksalah pelantun lagu ‘I Remember Me’ ini membatalkan hasratnya untuk menjejakkan kali buat kali pertama ke Asia kali ini.

boys-republic_1369771642_af_org-630x505

Haa, peminat-peminat Jennifer jangan bersedih pula ya. Ni meh dengar elok-elok berita baik ceq nak habaq. Tapi untuk gadis-gadis sahaja. Hehe.

Dengar cerita, anggota kumpulan Boys Republic nak cari girlfriend untuk diajak bersama naik kepentas sempena MTV World Stage nanti.

Wah! makin bersemangat la uols kan? Tapi nanti dulu, ingat senang-senang ke nak jadi girlfriend Boys Republic? Nak tahu macam mana, korang kena join contest yang disediakan dulu.

Mula-mula, korang kenalah follow akaun Instagram MTV Asia dan muat naik foto atau video yang paling kreatif menggunakan hashtag #BRGIRLFRIEND dan beritahu mengapa anda layak jadi girlfriend Boys Republic. Senang kan?

Tetapi, kalaulah anda menang, anda dikehendaki untuk hadir masa rehearsal nanti tau? Haa, apa lagi, cepat-cepatlah belajar cakap Korea.

Peraduan tersebut dibuka bermula 25 Julai hingga 10 Ogos sahaja. Hah! apa lagi, tinggal beberapa hari saja lagi. Nak tau info lebih lanjut, sila-silalah layari Facebook, Twitter dan Instagram MTV Asia ya!

SKIP THIS AD ×