berita

Foto : Jep & Rahim Sepahtu Kemalangan?

November 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

2

Sebentar tadi, menerusi laman sosial, pelawak popular Jep Sepahtu dikatakan terlibat dalam sebuah kemalangan bersama Rahim Sepahtu.

Tidak dapat dipastikan sama ada mereka mengalami kecederaan teruk ataupun tidak, namun kenderaan yang dipercayai telah dipandu oleh Rahim dilihat kemek dibahagian hadapan.

Screen Shot 2013-11-21 at 12.27.37 PM

Mawi turut berkongsikan sekeping foto kejadian pagi tadi

Menerusi akaun Facebook sama, admin yang mewakili Jep Sepah memberitahu bahawa kedua-dua pelawak itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Kejadian ini dipercayai berlaku selepas mereka berdua dalam perjalanan pulang ke rumah daripada bermain sepak takraw bersama Mawi.

Pada yang memandu, berhati-hatilah walau dimana anda berada.

Sumber : Facebook Jep Sepah dan Instagram Mawi AF

SKIP THIS AD ×