berita

Jerawat Naik Bila Makan Kacang? Ini 10 Punca Jerawat Hinggap Dekat Muka Korang

January 18th, 2019 | by Farah Adibah
Kini Trendy

cara menghilangkan jerawat, Jerawat

Sebelum sis Katy start cerita untuk entri kali ni, sis nak tanya korang percaya ke bila makan kacang naik jerawat? Mungkin ada yang memang naik Miss Jerjer bila makan kacang tapi ada yang tak naik pun.

Sebenarnya kacang tu bukan punca utama korang dapat jerawat tau! Ada banyak sebab kenapa Miss Jerjer tu singgah dekat muka kita. Teruskan baca artikel ni untuk tahu 10 punca kenapa Miss Jerjer muncul dekat muka kita.

1. Bakteria yang ada kat handphone korang

bakteria, bakteria di phone

Tahu tak sebenarnya banyak bakteria yang wujud dekat phone korang tu. Yelah, kita ni pergi ke hulu ke hilir dengan tangan pegang macam-macam. Lepas tu pegang phone pulak. Bakteria kat tangan tu pindah dan melekat kat phone.

So satu cara untuk elakkan jerawat timbul kat muka, korang kena rajinkan cuci skrin handphone! Guna je cleaner laptop. Dah settle!

2. Kekurangan vitamin D

vitamin D

Kekurangan vitamin D pun boleh buat kita senang untuk dapat jerawat tau. Sebab bila kita kurang vitamin D dalam badan, immune system dalam badan akan down.

Kita juga akan mudah terdedah dengan pelbagai bakteria. Jadi, korang kena makan makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan Salmon, udang, produk tenusu, telur dan kacang almond. Tauhu pun ada vitamin D!

3. Mandi dengan sumber air yang kotor

air kotor, penapis air

Seterusnya bila kita kerap mandi dengan air yang tak bersih. Ni biasanya berlaku pada sesiapa yang berkulit sensitif. Kadang-kadang kita tak tahu air tu bersih ke tak sebab kita tak nampak pun molekul yang ada dalam air tu.

Cara paling selamat adalah pasang water filter kat rumah korang. Baru happy Miss Jerjer tak datang singgah!

4. Elakkan kopi at any cost!

kopi, no coffee

Sebelum ni, sis ada cerita kat korang kenapa kopi tak elok diminum secara berlebihan. Kopi memang sedap, tapi kalau korang teringin sangat selepas minum kopi tu minum air kosong banyak-banyak.

Artikel berkaitan : Azam 2019 – Tukar Kepada 10 Rutin Ni Untuk Capai Kulit Sihat & Cantik!

Sebab dah terbukti minuman berkafein punca jerawat. Tiap kali sis Katy minum kopi, malam tu Miss Jerjer mesti datang singgah. Arghh! Stressnya. Jadi, lepas ni kena elak minum kopi dan banyakkan minum air kosong.

 5. Tak cukup tidur penyebab kemunculan Miss Jerjer

mengantuk, tak cukup tidur penyebab jerawat

Korang pernah tak bila tak cukup tidur nanti kena demam atau sakit-sakit badan? Tahu tak girlss bila kita tak cukup tidur immune system kita tak cukup kuat untuk protect kita dari virus dan bakteria, sebab tu kita senang sakit bila tak cukup tidur.

Ini jugak punca Miss Jerjer senang nak naik kat muka korang. Untuk elakkan senang je, korang kena cukup tidur tau!

6. Foundation tebal bukan elok pun

heavy make up, Make up indonesian

Korang tahu tak bila korang pakai foundation tebal berlapis-lapis boleh buat kulit wajah tak boleh nak bernafas tau. Bahayakan bila tak bernafas? Jadi carilah foundation yang tak full coverage atau tak pakai foundation pun takpe. Tapiii pakai sunscreen!

7. Pengambilan gula yang berlebihan

taylor swift, gula bahaya, banyak gula

Pasal gula ni pun sis ada cerita dekat entri yang sebelum ni. Kalau korang nak tahu sebenarnya gula ni berasid. Kalau terlampau banyak sangat benda berasid mesti akan efek dekat kulit kita sekali kan?

Artikel berkaitan : Azam 2019 – Tukar Kepada 10 Rutin Ni Untuk Capai Kulit Sihat & Cantik!

Gula ni yang menyebab kulit kita menghasilkan minyak yang berlebihan. Sebab tulah mis Jerjer naik tau girlss. Ingat lah “what you eat is what you get”. Jadi amalkan air kosong ya awak semuaa!

8. Kerap tukar produk muka

pening

Sebenarnya kalau korang selalu sangat tukar skincare ni bahaya tau. Sebabnya bahan kimia yang ada dalam produk tu berbeza-beza. Bila selalu tukar skincare kulit korang akan jadi keliru.

PH dekat muka kita pun akan jadi tak seimbang. PH ni sangat penting kat muka kita tau guys. PH ni lah yang halang dari bakteria hinggap kat muka kita dan menyebabkan jerawat. Kalau nak tukar produk pun sekurangnya tunggu 3 minggu atau lebih.

9. Fungsi produk jerawat mengeringkan kulit

kulit kering

Sis Katy tak cakap salah pun nak pakai produk untuk hilangkan jerawat. Tapi kalau kulit terlampu kering sangat pun masalah jugak kan? Cara nak elak dari kulit kita bermasalah adalah untuk bagi kulit kita seimbang.

Bila kita pakai produk untuk hilangkan jerawat tu pastikan kita pakai pelembap ataupun mask untuk bagi kulit kita cukup hidrat.

10. Berus mekap yang tak bersih pun punca Miss Jerjer

berus make up, berus mekap, berus mekap kotor, berus make up kotor

Sekali lagi, kita kenalah jaga kebersihan berus kita. Bila lama tak basuh bakteria berkumpul tau dekat berus tu. Korang bayangkan yang selama ni korang apply mekap dekat muka korang tu ada bakteria sekali melekat. Euw!!

Jadi pesanan khidmat masyarakat dari sis, rajin-rajin lah basuh berus mekap hampa. Baru Miss Jerjer tak naik kat muka.

beruang,

Jangan ingat sebab kacang je jerawat korang tu naik tau girlss! Kadang-kadang tak cukup tidur pun boleh jadi jerawat naik. Apapun kena jaga kebersihan dan pilih produk yang betul untuk pastikan Miss Jerjer tak naik dekat muka kita ni.

Akhir sekali jangan lupa untuk follow dan like Facebook page Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk perkembangan mekap, fashion dan lifestyle wanita yang terkini.

 

SKIP THIS AD ×