berita

Jerawat Timbul Sebab Pakai Pelitup Muka? Ini Antara Punca Dan Cara Merawat ‘Maskne’!

November 6th, 2020 | by AnisAffandi
Kesihatan & Hidup Aktif

Foto: Tokyo Weekender

Disebabkan kita berada di dalam norma baharu, kita wajib memakai pelitup muka kemana sahaja kita pergi. Penggunaan pelitup muka secara berpanjangan, boleh menjadi punca timbulnya jerawat di muka, terutamanya orang yang perlu menggunakan pelitup muka setiap hari dalam keadaan cuaca panas Malaysia.

Jadi, keadaan begini menyumbang kepada ‘maskne’ iaitu gabungan perkataan ‘mask’ dan ‘acne’. Perkongsian ini dibuat oleh Dr. Irma Shida di laman twitter beliau.

Punca jerawat muncul selepas memakai pelitup muka

Menurut Dr. Irma Shida, ‘maskne’ akan muncul di bahagian muka yang tertutup oleh pelitup muka seperti pipi, hidung dan dagu. Lebih-lebih lagi orang yang mempunyai kulit sensitif, lebih mudah untuk muka mereka naik jerawat. Ianya berlaku disebabkan kulit kita terperangkap bersama bakteria di belakang pelitup muka.

Geseran antara kulit dengan pelitup muka akan mendorong bakteria terkumpul, sejurusnya menjadikan pertumbuhan jerawat.

Jadi, apakah cara untuk mengelak dan merawat ‘maskne’?

Tukar pelitup muka setiap 3-4 jam

Ini kerana bakteria yang berada di pelitup muka adalah salah satu punca jerawat di kulit muka anda. Pastikan anda tukar pelitup muka selepas 3-4 jam menggunakannya.

Basuh pelitup muka

Pelitup muka jenis kain wajib dibasuh setiap hari untuk menghapuskan bakteria yang terkumpul. ‘Maskne’ berpunca daripada kombinasi lembap, karbon dioksida dan udara suam daripada nafas kita yang menyebabkan bakteria berkumpul terutama yang mempunyai kulit sensitif.

Kurangkan bersolek

Jika anda seorang yang gemarkan solek muka, dinasihatkan supaya kurangkan solek muka jika anda akan menghadapi seharian dengan memakai pelitup muka. Solek muka yang tebal boleh menjadikan pori-pori anda tersumbat disebabkan memakai pelitup muka.

Guna produk penjagaan kulit antibakteria

Oleh kerana bakteria adalah salah satu punca maskne, dinasihatkan supaya anda menggunakan produk penjagaan kulit yang mempunyai bahan antibakteria.

Guna produk melembutkan kulit

Apabila kulit muka penuh dengan jerawat, anda perlu menggunakan produk yang mengandungi bahan untuk melembutkan kulit.

Harap perkongsian kali ini dapat membantu anda mengelak jerawat selepas seharian menggunakan pelitup muka!

Sumber: Dr. Irma Shida

 

SKIP THIS AD ×