Pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa tempatan dalam inisiatif melonjakkan nilai tambah sesuatu kawasan pelancongan. Apa yang dilakukan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam ‘mengindahkan’ Pantai Teluk Cempedak menerima kritikan netizen yang tidak senang dengan hasilnya.
Boleh abadikan keychain di pagar
Pengguna Twitter berkongsi tarikan baru berkenaan antaranya termasuklah signboard ‘Saya Cinta TC’ dalam Jawi dilengkapi jaring besi berwarna kuning yang membolehkan pengunjung mengunci mangga atau keychain. Paling mendapat perhatian adalah batu-batu dicat berwarna terang selain papan luncur dengan nama pantai terkenal warga Kuantan itu.
Dikecam netizen
Pengguna Twitter rata-rata meluahkan rasa kecewa mereka kerana menganggap pantai berkenaan tidak perlu dihiasa sedemikian rupa kerana boleh mencacatkan pemandangan.
Macam backdrop tembak-tembak funfair
Memburukkan pemandangan
Sumber: Fuad Asri