berita

Jessica Dan Eun Ji-won Sertai Running Man

May 7th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Running_man_Jessica (1)

Jessica daripada kumpulan K-pop terkenal, Girls’ Generation dan rapper, Eun Ji-won dikatakan menyertai episod terbaru Running Man!

Kedua-dua selebriti terkenal ini bersama dengan peserta yang lain difahamkan menyertai episod istimewa yang dipanggil ‘Animal Kingdom’. Mereka menjalani penggambaran di taman tema Everland Resort yang terletak di Gyeonggi, Korea Selatan.

Apa yang menarik, taman tema itu merupakan habitat kepada harimau, beruang kutub, kuda, badak sumbu, zirafah, burung-burung, singa laut, penguin dan banyak lagi.

Sebagai cabaran, peserta-peserta perlu memilih seekor haiwan untuk dijadikan pasangan dan mereka diharuskan memakai penutup kepala berkonsepkan haiwan yang betul-betul menggambarkan personaliti mereka.

Running_man_Eun Ji-won (1)

Eun Ji-won dengan penutup kepala panda

Jessica, yang teruja dengan penyertaan kali ketiganya memilih penutup kepala berbentuk arnab manakala Eun Ji-won yang baru pertama kali menyertai memakai penutup kepala panda.

Running_man_Jessica (2)

Jessica memilih penutup kepala arnab

Jangan lupa saksikan Running Man pada hari Jumaat ini bersamaan 10 Mei pada jam 11.45 malam di saluran ONE dan ONE HD untuk melihat aksi comel dan lawak yang dilakukan oleh Jessica dan Eun Ji-won. Kami sangat yakin mereka akan membuatkan penonton tergelak sakan sampai tak kering gusi.

SKIP THIS AD ×