Genap sebulan berpisah, Aliff Aziz menerusi Instagram memuatnaik luahan hati kepada bekas isteri, Bella Istillah. Aliff mengimbau kembali gambar ketika mereka diijabkabul pada 9 September 2016.
Di dalam posting tersebut juga, Aliff Aziz memberi bayangan seakan mahu kembali kepada Bella dan menjadi suami yang terbaik kepadanya. Dia turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.
Most magical days in my life
Menurut Aliff, tarikh 9 September 2016 merupakan hari yang paling bermakna apabila Allah menganugerahkan Bella sebagai isteri kepadanya. Mengakui Bella sentiasa ada dikala susah dan senang, Aliff mahu mengubah segalanya seandainya dapat diputarkan waktu.
Namun segalanya sudah terlambat. Ini adalah pengajaran kepadanya kerana tidak bersyukur dan lalai dengan nikmat yang diberikan. Saat diuji sebegini, dia sebagai Hamba berpaling kepada Allah dan mahu kembali ke jalan yang benar.
Kepada Bella, Aliff berterima kasih kerana telah melahirkan seorang zuriat yang bijak sebagai tanda cinta mereka. Dia turut mendoakan Bella sentiasa dibawah rahmat dan lindungan Allah swt.
Katanya mungkin post ini akan mendapat pelbagai pendapat, namun jika Allah menjodohkan mereka kembali. Aliff mahu menjadi bapa dan suami yang baik kepada mereka berdua. Jodoh pertemuan di tangan Allah, Aliff berharap Bella mendoakannya seperti mana Bella selalu di dalam doa Aliff.
Dah rindu ke? – Netizen
Sumber : Aliff Aziz