Ibu kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz mendedahkan mereka sekeluarga menerima pelbagai kata-kata kesat dan hinaan daripada netizen menerusi mesej langsung (DM) yang dihantar ke akaunnya.
Artikel Berkaitan: Muat Naik Video Selesai Solat Jemaah Dengan Anak, Ibu Aliff Aziz Letak Kapsyen ‘Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan’
Terima hinaan, cacian di DM
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Siti Hafiza akui dia dan suami menerima perkara itu dengan hati terbuka namun meminta agar netizen berhenti menghina ibu bapa serta mentuannya yang sudah meninggal dunia.
Kami mohon kepada saudara seagama hentikanlah kata-kata kesat atas arwah ibu dan ayah saya, juga orang tua suami hingga ada yang mengkafirkan, memunafikan orang tua, memaki, menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk luahkan di sini.
Jika ingin menghina, hinalah kami kerana kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahad. Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah.
Dalam pada itu, Hafiza memohon maaf dan memaafkan semua yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.
Dengan rendah hati kami mohon kemaafan dan juga kami memaafkan semua yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.
Yakinlah Allah masih menutup keaiban anda dan jika Allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa, Alhamdulillah. Taksublah hanya kepada Allah pencipta kita.
Sebelum ini, Hafiza memuat naik video pendek memperlihatkan Aliff dipercayai berada di Singapura pulang bertemu keluarganya.
Hafiza kemudian didakwa sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram menantunya iaitu Bella Astillah. Bagaimanapun, Bella masih lagi mengikuti ibu mentuanya dalam media sosial.
Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah.
Sumber: Fiza Aziz