berita

‘Jika Ini Salah Saya, Saya Terimalah’ – Najib Terkilan Dituduh Punca Pembayaran Balik PTPTN

November 3rd, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Pembentangan Belanjawan 2019 telah dibentangkan Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pada petang Jumaat, semalam. Antara pengumuman menarik bajet 2019 ialah subsidi petrol dan pas bulanan bernilai RM100 tanpa had buat pengguna pengangkutan awam.

Pun begitu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ingin melaksanakan potongan secara automatik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada yang bergaji RM1,000 ke atas.

Pembayaran balik PTPTN

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10155686057965952

Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan semalam telah mendapat respon bekas Perdana Menteri mengenai PTPTN. Datuk Seri Najib Razak berkata cadangan tersebut menyebabkan semua peminjam perlu membayar hutang pinjaman mereka.

Nampaknya janji untuk mansuh PTPTN dan mengecualikan pinjaman yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan dari membayar tidak menjadi. Gaji minima sudah RM1,100. Maksudnya, tiada seorang pun akan dikecualikan.

Salahkah saya buat begitu?

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.10151787553305952/10155668648310952/?type=3&theater

Datuk Seri Najib Razak turut memberi respon pada sebuah kenyataan keratan akhbar tempatan terhadap PTPTN. Akhbar demikian mempersoalkan bekas Perdana Menteri ini adalah punca kepada pembayaran semula pinjaman PTPTN. Ini kerana Pembentangan Belanjawan tahun 2018, bekas Perdana Menteri itu telah melaksanakan pemanjangan tempoh bayaran balik dari 6 bulan ke 12 bulan kepada semua pelajar.

Bagaimanapun, dia menerusi status dimuatnaik di laman Facebook meluah rasa terkilan akan tuduhan sedemikian dilemparkan kepada dirinya. Dia turut akur akan kesalahannya, jika benar dia menjadi punca kepada hutang PTPTN.

Ada siapa boleh bantu saya jelaskan apa dia kata? Berkira pula dia pasal duit PTPTN sekarang. Mereka yang janji mansuh PTPTN dan hasut pelajar jangan bayar, tapi saya pula yang kena? Dia salahkan saya kerana ada pelajar tidak bayar balik seawal 6 bulan selepas tamat pengajian.

Ya betul, saya mengaku. Saya yang luluskan dasar di mana bulan ke-13 selepas tamat belajar, barulah pelajar mula bayar pinjaman. Salahkah saya buat begitu? Nak bantu belia kita pun tak boleh? Jika ini salah Najib, saya terimalah. Mereka semua yang selesa di Putrajaya buat apa untuk bantu pelajar-pelajar ini?

Sumber: Utusan Online, Najib Razak

SKIP THIS AD ×