berita

[VIDEO] Jatuh Air Mata Jantan! Budak Lelaki Ini Pun Meraung Tonton 7 Hari Mencintaiku

August 14th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2 hampir sampai ke penghujungnya. Drama arahan Jamal Khan ini telah mendapat sambutan luar biasa dari penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.

Menerusi perkongsian video daripada pengguna Facebook Farah Aien menyaksikan reaksi anak saudaranya kelihatan mudah tersentuh dengan babak sedih yang dipaparkan dalam drama tersebut. Jatuh air mata jantan tu!

Hati tisu betul…

https://www.facebook.com/farah.aien.5473/videos/949059655563134/

Perkongsian video ini di laman Facebook Farah Aien telah mendapat lebih 4.7ribu tanda kongsi dan 106ribu tontonan umum. Petikan video ini menyaksikan tindakan dan reaksi meraung seorang kanak-kanak lelaki yang mudah tersentuh dengan babak sedih dalam drama itu.

Drama pada episod 31 itu menceritakan konflik perkahwinan watak Khuzairi yang tetap degil untuk berkahwin dengan Nurul meskipun telah dirayu oleh ibunya, Mak Leha. Sebelum ini, Mak Leha bertegas untuk mengahwini Khuzairi bersama Nurul atas niat untuk membalas dendam kepada Yati iaitu ibu Mia Adriana. Sehinggakan dia bencikan Mia, menantunya sendiri.

Babak pada episod 31 itu menjadi semakin beremosi dan sedih apabila keputusan pernikahan yang diaturkan itu terletak pada tangan Khuzairi. Isterinya, Mia juga nekad untuk berjauhan setelah majlis bernikahan Khuzairi dan Nurul selesai nanti.

Highlight episod 31

Drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan berakhir menemui penonton pada episod 33. Apakah kesudahan hubungan antara Khuzairi dan Mia Adriana? Nantikan episod terakhir dengan menonton secara atas talian secara live di Tonton atau iQiYi.

Sumber: Farah Aien

SKIP THIS AD ×