Sentiasa kelihatan tenang, usahawan dan selebriti media sosial, Raf Yaakob berkongsi pandangan untuk meneruskan kehidupan tanpa menoleh ke belakang selepas gagal dalam perhubungan.
Artikel Berkaitan: ‘Penceraian Kami Bukan Kerana Orang Ketiga’ – Raf Yaakob Reda Bercerai, Mahu Fokus Jaga Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raf Yaakob Jawab Lambang Bintang Dekat Cincin – ‘Jangan Fikir Bukan-Bukan’
‘Moving on’
Raf atau nama sebenar Raden Ahmad Faizal Yaakob berkata, tiada apa yang perlu dipertahankan jika kasih sayang tidak lagi bersemai dalam hubungan.
Kongsinya, Allah mempunyai perancangan yang lebih baik kepada seseorang biarpun terpaksa melalui detik hitam dalam hidup.
Anda tahu bahawa semua orang boleh menujukkan wajah yang tenang tetapi tiada siapa yang tahu apa dalam hati mereka.
Memang benar sukar untuk ‘move on’ jika kita sudah sangat menyanyangi seseorang. Kerana anda sudah memberikan segalanya kepada dia.
Namun pada akhirnya jika perasaan itu tidak lagi bersama dan komitmen yang diberikan tidak selari, jadi untuk apa bertahan.
Jadikan perkara itu sebagai alasan untuk anda ‘move on’. Belajar untuk menerima bahawa Allah mempunyai perancangan yang lebih baik.
Raf berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.
‘Menghargai’
Dalam hantaran sama, adik kepada Cef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob itu memberitahu kehilangan seseorang pasti akan digantikan dengan insan yang lebih menghargai.
Jika dia kembali maka memang dia untuk anda, namun jika tidak bermaksud dia memang bukan untuk anda.
Tetapi jangan sesekali membenci orang itu. Anda juga tahu perasaan ini tidak boleh dipaksa, mesti berlaku dengan semula jadi.
Oleh itu, anda hanya perlu berharap orang meninggalkan anda akan digantikan dengan seseorang yang lebih menghargai anda.
Sumber: TikTok