berita

‘Jika Tak Mahu Tanggungjawab Ini, Jangan Bina Keluarga’ – Chef Wan Sedih Dengan Tindakan Gavin

April 25th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Masih hangat dengan isu Serina bakal dipenjara selepas dihadapkan ke mahkamah, petang semalam. Bekas suami, Gavin Edward mendakwa pelakon ini telah melanggar perintah persetujuan terhadap anak-anak mereka.

Artikel berkaitan: ‘Saya Ini Ada Sejarah Pedophilia Ke?’ – Ini Respon Chef Wan Terhadap Peraturan Tak Logik Bekas Menantu

Namun, Chef Wan tidak hanya berdiam saja setelah kes ini melibatkan dirinya juga. Walaupun hanya sekecil isu yang telah diperbesarkan sekali gus dia lantang bersuara ketidakpuasan hati terhadap bekas menantunya itu.

‘Dia kurang ajar dan sombong’

Chef Wan menyifatkan bekas menantunya itu tidak menyukai anaknya meluangkan masa bersama datuk mereka. Malah, Gavin juga memberi banyak alasan apabila Chef Wan minta untuk berjumpa cucunya. Chef Wan juga sering manjakan cucu-cucunya dengan membelikan pakaian baru untuk dipakai.

Dakwa Chef Wan, Serina pernah mengadu bekas suaminya itu menyambut ulang tahun perkahwinan hanya dengan pizza saja tanpa ada apa-apa perhiasan diri. Dakwa Serina selepas 6 tahun perkahwinan dia tidak menerima nafkah satu sen pun.

‘Jangan risau, kita ada undang Syariah’

Hal ini sedikit sebanyak secara tak langsung membuatkan emak Chef Wan risau mengenai perubatan hak penjagaan 2 cicitnya itu. Malah, Chef Wan tidak mudah untuk menyerah kalah dan dia akan berusaha menegakkan keadilan bagi merebut hak penjagaan anak-anak kepada Serina.

Rasa macam tak adil

Ini semua juga pengajaran kepada semua anak-anak baik pun menantu-menantu kita semua. Mak bapak dah besar kan baik-baik lalu bertemu jodoh dan kita kawin kan mereka dgn baik-baik. Be responsible of each other marriages la apa tah lagi ada anak-anak yang di bawa kedunia ini. Jika tidak makbapak juga yang terpaksa menanggung segala beban mau pun malu. Dah puas nasihat pun tak mau dengar. Dah puas Bapak Mertua ini tunjuk contoh yang baik-baik pun tak nampak. Yang sedihnya kita juga di palit kan dengan sikap-sikap mereka yang zalim dan berdendam. Tak kan tak boleh di tegur kesilapan menantu tu pun. Yang benar tetap benar. Tak akan hitam boleh kata putih. Kita sendiri sibuk berkerja nak jaga banyak mulut. Hari-hari berkorban untuk keluarga sendiri tak nampak ke Gavin? Banyak mulut yang saya jaga seumpama payung meneduh ramai orang. Saya pun dah tua at times saya susah menangis sendiri pun tak sesiapa yg tahu.?? But saya terus kan juga hidup saya ini supaya dapat mengbahagia kan my family. Tak nak mahu melihat mereka sedeh atau kesusahan. Such are my sacrifies in life for others. Diakhirnya saya juga terpaksa menanggung segala ini. Rasa sungguh tidak adil sangat. Why la as human beings we must run away from our families responsibility anyway as ini semua sudah di tuntut di dalam agama pun. Jika tak mahu tanggung jawab ini jangan la bina keluarga. Hidup saja bujang sampai mati paling tidak kita tidak menyusahkan hidup makbapak atau pun mertua kita ini. When i look back at my nasib diduga begini berat memang luhur hati saya. All i want to live in this life is to be happy and kind to others. Is that so difficult to see or understand? Such a waste of my positive energy and time having to go through all this shit simply because of sifat manusia yg ego tinggi dan kesombongan mereka. Do la what ever u want to do Gavin. Just remember Allah is up there watching your hideous game and u dont get away with it as easy! Thank you for all your support. U all gave me strength to fight for justice. Tak cerita salah bercerita pun salah. Jika tidak as a celebrity the public will speculate macam-macam fitnah. Ada la lebih baik i clear up everything in an honest way so that legally this will not haunt me in the future.

Credit: Chef Wan

SKIP THIS AD ×