berita

‘Jika Tidak Kerana Fitnah Itu, Mungkin Nyawa Abang Boleh Diselamatkan’

January 5th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Adik lelaki kepada Allahyarham Ahmad Sukri Abd Samad iaitu pemandu lori yang dituduh memandu dalam keadaan mabuk meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan si perakam video yang menyebar fitnah sehingga menjatuhkan maruah abangnya.

Artikel Berkaitan: ‘Awak Mabuk Ke?’ – Tengah Tahan Sakit, Driver Lori Dituduh Mabuk, Netizen Gesa Wanita Ini Mohon Maaf Kepada Keluarga Arwah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Isteri Nafi Tuduh Pemandu Lori ‘Mabuk’ – ‘Bukan Kami Sengaja Buat, Memang Bukan Salah Kami’

Perakam bagi banyak alasan tak nak tunjuk video

Adik arwah yang dikenali dengan nama Mohd Azmi Abd Samad memaklumkan dia bergegas ke Hospital Sungai Buloh selepas menerima berita mengenai kemalangan yang menimpa abangnya pada Isnin lalu. Arwah yang masih bujang itu kemudian disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketika berada di hospital, saya ada dimaklumkan oleh kakak, Rosilawati Abd Samad, 47, bahawa ada video abang ketika kemalangan tetapi individu yang merakam video berkenaan memberi pelbagai alasan untuk tidak menunjukkannya kepada kami.

Selepas dimaklumkan mengenai video viral membabitkan abangnya, Mohd Azmi mengakui sangat terkilan dengan dakwaan si perakam yang menuduh arwah memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh tiga kereta yang diparkir di bahu jalan.

Tambah Mohd Azmi lagi, kakaknya iaitu Rosilawati Abd Samad memaklumkan pada mulanya, ada beberapa individu yang berada di lokasi kejadian mahu membantu arwah namun tidak jadi berbuat demikian selepas mendengar fitnah daripada individu berkenaan.

Jika fitnah itu tiada, mungkin abang boleh dihantar lebih awal ke hospital dan mungkin berjaya menyelamatkan nyawanya.

‘Kehilangan dia amat besar impaknya’

Sekadar gambar hiasan

Sementara itu, Mohd Azmi memaklumkan terdapat juga individu yang mengecam dan menyalahkan arwah kerana meneruskan pemanduan meskipun sedang sakit. Berikutan daripada itu, Azmi dan keluarga akhirnya bersepakat untuk mengambil tindakan kepada penyebar video serta individu yang mengecam dan melemparkan fitnah terhadap arwah.

Ada komen yang mengecam arwah dengan menyatakan jika sudah tahu sakit jantung sepatutnya dia berhenti di tepi jalan kerana tindakannya boleh meragut lima nyawa yang lagi penting dari hanya nyawa dia seorang. Saya yakin jika abang boleh tahan sakit, pasti dia akan berbuat demikian tetapi siapa yang tahu derita kesakitan dilaluinya ketika itu.

Jelasnya lagi, tujuan mereka membuat laporan polis bukanlah untuk menghukum tetapi mahu dijadikan pengajaran kepada orang ramai.

Abang ada membantu menyara kakak serta empat anaknya dari segi kewangan selepas kematian abang ipar pada 2017. Kehilangan dia amat besar impaknya bagi keluarga kami kerana kebaikannya.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×