berita

Jimat, Mudah! Idea Wanita Ini Bagi Maggi Sebagai Doorgift Hari Perkahwinan Terima Pujian

September 17th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sudah menjadi adat dan tradisi orang Melayu, tetamu yang hadir di setiap majlis perkahwinan akan dihadiahkan dengan sedikit cenderahati atau doorgift sebagai tanda penghargaan. Pada hari ini, pelbagai jenis doorgift telah disediakan oleh tuan rumah majlis antaranya air kotak, set garfu dan sudu, sapu tangan, biskut dan macam-macam lagi.

Namun, perkongsian pengguna Twitter @ctnajihahz ini mungkin akan menarik perhatian tetamu ke majlis perkahwinannya nanti apabila dia bakal menyediakan doorgift yang agak lain dari yang lain.

Simpan hasrat sejak sekolah

Siapa sangka, gadis itu memilih untuk memberikan kesemua tetamu yang hadir ke majlisnya nanti dengan sepaket mi segera jenama maggi.

Menerusi tulisan di laman Twitternya, dia berkata hasrat itu sudah disimpan sejak dia berada di bangku persekolahannya lagi.

Elak pembaziran

Dalam perkongsiannya bersama Harian Metro baru-baru ini, dia berkata dirinya memilih untuk memberikan mi segera bagi mengelakkan berlakunya pembaziran.

Katanya, perkara itu turut dipersetujui oleh tunangnya meskipun di peringkat awal, lelaki berusia 22 tahun itu terkejut.

Mujurlah, ibu dan ayah faham malah mereka begitu bersemangat memborong mi segera itu di pasar raya selepas tahu mengenai perancangan saya.

Tunang saya , Amal Afif Omar, 22 juga tidak membantah sebaliknya menyokong walaupun terkejut pada mulanya.

Dapat perhatian netizen

Idea serta perkongsian yang dibuat gadis itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyambut baik perkara itu malah tidak kurang juga ada yang turut memberikan komen lucu.

Dikhabarkan, majlis perkawhinan gadis itu bersama tunangnya akan dilangsungkan pada 28 September ini di Rembau, Negeri Sembilan.

Sumber: Twitter ctnajihahz, Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×